5 March 2022

Penglihatan Mata Masih Kabur Selepas Lasik.

Saya ingin kongsikan pengalaman buat lasik di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah. Sila ambil maklum bahawa pengalaman setiap individu adalah berbeza, ia bergantung kepada mata masing-masing. Jenis lasik yang doktor sarankan dan sesuai untuk mata saya ialah jenis Femto Lasik. Berikut merupakan pengalaman yang saya alami : 

Hari Pertama
  • Pembedahan mata dilakukan di dalam dewan bedah oleh doktor dan dibantu oleh pembantunya.
  • Pembedahan mata tidak lama dalam beberapa minit sahaja. 
  • Selepas pembedahan, mata sangat pedih seperti terkena hirisan bawang. Saya terpaksa tutup mata saja, mata sangat kurang selesa. Sediakan tisu ya haha..
  • Semasa pembedahan jangan gerak-gerakan kepala, jangan tutup mata, mata berkelip boleh tapi jangan tutup, hanya tutup mata jika doktor arahkan tutup. Dengar arahan doktor untuk fokus pada cahaya hijau di depan sahaja.
  • Selepas pembedahan mata akan kabur ya dan pedih. Tapi masih boleh tinggu jalan untuk berjalan.
  • Klinik akan bagi ubat titis mata, untuk elak mata kering. Titiskan setiap dua jam, dan apabila perlu. Doktor akan check keadaan mata jika perlu diteruskan selepas seminggu pengunaan.
  • Selepas pembedahan dibenarkan balik rumah. Perlu pakai cermin mata hitam bagi elak silau cahaya matahari.
  • Saya guna Grab balik rumah, sebab tidak dibenarkan memandu.
  • Sampai rumah dalam pukul 3 petang, dan terus tidur berehat sebab sangat mengantuk, pukul 5 petang bangun mata ada okay sikit, tidak berapa pedih sudah.

Eye drop: Titiskan setiap 2 jam selama seminggu.


Hari ke-2
  • Semasa bangun pagi mata sudah pulih, boleh nampak 80% dengan jelas tanpa cermin mata. 
  • Pagi datang review doktor. Doktor akan check mata dan buka softlen dalam mata tu. 
  • Boleh drive sendiri, mata tidak pedih sudah.
  • Penglihatan mata seolah-olah ada jerebu-jerebu, embun-embun. Ini normal.
  • Mata pada hari ke-2 boleh tahan cahaya matahari, tidak silau seperti hari pertama selepas pembedahan lasik.
  • Sebelah malam saya nampak cahaya lampu di jalan kelihatan starbust dan halosvision. Kena keluar pada waktu malam untuk melihat cahaya lampu baru tahu. Penglihatan waktu malam akan terjejas ya, setiap orang tidak sama, ada yang starbust dan halosvision sederhana, ada yang teruk, dan ada juga yang tidak ada lansung. Jika tidak dapat terima penglihatan malam terjejas akibat lasik ini jangan buat lasik ya. Penglihatan mata saya ya memang starbust dan halosvision tapi saya boleh terima. Boleh tinggu gambar di bawah ini, inilah penglihatan malam saya.  





Hari ke-4
  • Bangun pagi saja tiba-tiba pula mata jadi 30% rabun semula. Tidak nampak dengan jelas. Apa la nasib jadi rabun semula.
  • Pukul 11 pagi, mata sebelah kiri 100% rabun teruk, mata sebelah kanan 50% rabun.
  • oh ya saya tidur malam dengan aircond, lupa pula pesan doktor yang jangan tidur ber-aircond. Kemungkinan mata jadi sangat-sangat kering, sebab itulah jadi rabun semula.
  • Masa bangun pagi ada susah sikit buka mata, kelopak mata bengkak-bengkak seperti mata orang menangis. Inilah salah satu tanda mata sangat sangat kering.

Hari ke-5
  • Mata sebelah kiri masih tidak dapat baca tulisan di screen laptop, mata sebelah kanan boleh baca lah tetapi penglihatan ada jerebu jerebu, seperti ada embun embun begitu.
  • Masih belum dapat baca tulisan di laptop, jarak mata to screen 60cm, saya cuba kasi dekat mata p screen pun sama juga tidak nampak.

Hari ke-7
  • Pada pukul 8 pagi, penglihatan mata kiri & kanan masih kabur, tulisan di laptop tidak jelas, susah mau nampak, susah mau fokus. Tulisan pada buku & telephone pun tidak dapat baca.
  • Penglihatan blur, seperti ada jerebu jerebu, ada embun embun. Sangat susah mau fokus buat kerja
  • Dua-dua mata sama kabur.

Hari ke-9
  • Hari ini datang review doktor. Pembantu doktor buat pemeriksaan pada mata saya.
  • Dia rekomen makan Omega Oil Fish. Apa jenama pun boleh. Saya beli jenama Pristin di Watson.
  • Selain itu saya juga makan Brand's Blackcurrant & Lutiein Essense. Beli di Watson juga.
  • So far rasanya okay, masa pagi boleh tinggu screen laptop dengan jelas dan boleh baca tulisan pada screen laptop & telephone. Sebelum ini sangat susah mau dibaca.



Hari ke-11 (Minggu Ke-2)
  • Malam tidur tanpa aircond, selepas bangun pagi mata rasanya ada bertambah bagus. Tidak terlalu kering. Boleh melihat dengan jelas sedikit. Penglihatan bertambah bagus.
  • Itulah sebabnya jangan tidur ber-aircond pada 1 minggu pertama selepas pembedahan. Kesannya akan buatkan mata sangat kering, dan penglihatan akan jadi rabun. Biasanya penglihatan akan jelas selepas 24jam. Itu lah kena jaga mata betul-betul ya.

Hari ke-14
  • Penglihatan masih naik/turun. 
  • Penglihatan hari ini agak kabur, screen laptop boleh nampak tapi kabur lah.
  • Malam tidur tanpa aircond, hanya guna kipas. Tetapi mata tetap kering kena angin kipas.
  • Bulan pertama ni penglihatan mata saya naik turun. Contohnya hari ini boleh nampak, esok rabun, esok lagi sebelah kanan pula rabun, begitu lah hidup saya dalam masa sebulan ni. 

Hari ke-24 (Masuk Minggu ke-4)
  • Penglihatan sebelah mata kiri nampak double vision, dan sangat kabur blur
  • Penglihatan sebelah mata kanan okay.

Hari ke-25
  • Penglihatan mata kiri sangat kabur
  • Penglihatan mata kanan okay

Hari ke-27
  • Datang review
  • Doktor rekomen guna DIQUAS, Systane Ultra Lubricant, dan Vidisic Gel.
  • DIQUAS - titiskan 6 kali sehari. Saya titiskan pada 6am, 9am, 12pm, 3pm, 6pm, 9pm. Benda ni banyak membantu mata saya jadi stabil, penglihatan pulih dari rabun.
  • Systane Ultra Lubricant - titiskan setiap 2 jam & bila perlu, tapi saya titiskan setiap sejam dengan harapan mata cepat sembuh dan tidak kering. Benda ini membantu mata saya tidak begitu kering.
  • Vidisic Gel - letak di tengah-tengah bawah mata pada waktu malam semasa mahu tidur sahaja. Gel ini membantu saya senang buka mata pada keesokan hari.




Hari ke-28
  • Penglihatan mata kiri masih kabur
  • Penglihatan mata kanan ini hari ikut kabur-kabur.
  • Hari ni merupakan hari ke-2 guna DIQUAS
  • Lebih kurang pukul 9 malam, mata kiri tiba-tiba tersangat kering & kurang selesa. Saya terus tidur untuk kurangkan ketidakselesaan mata.

Hari ke-29
  • Penglihatan mata kiri masih kabur, mata kanan ikut kabur juga.
  • Sepanjang hari kabur-kabur
  • Pukul 3 petang mula guna Systane Ultra Lubricant. Baru beli hehe

Hari ke-30
  • Bangun pagi, penglihatan bertambah bagus. Tiada sudah kelihatan jerebu jerebu, claudy
  • Tiada kabur, boleh nampak dengan jelas.
  • 3 benda tu yang banyak membantu pulihkan penglihatan mata saya. Nasib penglihatan mata pulih, tidaklah rasa sia sia pergi buat lasik.

Hari ke-31
  • Penglihatan jelas, tiada komen. Nampak dengan jelas. 
  • DIQUAS dan Systane Ultra Lubricant sangat membantu mata saya pulih semula. Nasiblah dengan bantuan benda ni mata kembali normal, penglihatan pulih, boleh nampak dengan jelas tanpa ada jerebu jerebu, claudy
  • Syukur mata pulih selepas sebulan.
  • Masih makan Omega Fish Oil, masih guna DIQUAS, dan Systane Ultra Lubricant.
  • Mata saya pulih selepas 1 bulan. Syukur sangat sangat.

Bulan ke-2 & ke-3
  • Doktor masih suruh teruskan guna DIQUAS, Systane Ultra Lubricant, dan makan Omega Fish Oil
  • Masuk bulan ke-3, DIQUAS dikurang dari 6 titis ke 4 titis sehari sahaja.
  • Penglihatan mata masih normal, nampak dengan jelas, tiada claudy
  • Penglihatan mata kanan 20/20
  • Penglihatan mata kiri 20/25, tulisan paling kecil tu tidak dapat baca.

Bulan ke-4
  • Pengunaan DiQUAS saya kurangkan dari 4 titis ke 2 titis sehari.


9 June 2021

Peranan Majikan Dan PERKESO

Topik kali ini saya akan menerangkan apa peranan/tanggungjawab majikan, dan apa pula peranan/tanggungjawab PERKESO. Ramai pekerja yang keliru, mereka menyangkakan majikan dan PERKESO adalah berlainan, tidak ada hubungan satu sama lain. Yang sebenarnya majikan dan PERKESO adalah saling berkaitan.

Secara ringkas PERKESO ialah insuran pekerjaan, yang menawarkan perkhidmatan insuran pekerja kepada majikan swasta. Semua majikan swasta di Malaysia diwajibkan mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO. Tanggungjawab majikan ialah mendaftarkan semua pekerja dengan insuran pekerja dalam PERKESO. Maksudnya majikan wajib ambil insuran pekerja dengan PERKESO, dan perlu membayar caruman PERKESO setiap bulan. Merupakan satu kesalahan jika majikan tidak mendaftar dan membayar caruman PERKESO. Tanggungjawab/peranan PERKESO pula ialah memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja. Majikan bayar insuran pekerja kepada PERKESO setiap bulan, PERKESO pula perlu melindungi pekerja yang didaftarkan oleh majikan ketika mengalami kemalangan semasa bekerja sama ada kemalangan ringan, kemalangan kritikal, dan kamalangan muat.

Jika pekerja telah didaftarkan dengan perkeso, dan majikan juga telah membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO, maka pekerja tersebut layak dilingungi oleh PERKESO. Jika pekerja tersebut mengalami kemalangan semasa bekerja, pekerja bolehlah membuat tuntutan terus dengan pihak PERKESO. Pekerja boleh rujuk faedah-faedah yang boleh dituntut melalui laman web PERKESO. Pergi Pejabat PERKESO terdekat, ambil borang dan lengkapkan, kemudian serahkan borang itu kepada majikan untuk majikan buat pengesahan. Setelah itu kembalikan borang itu kepada pihak PERKESO. Pihak PERKESO akan melakukan penyiasatan untuk setiap tuntutan yang dibuat. Tuntutan itu tidak akan berjaya atau diluluskan jika pekerja tidak berdaftar dengan PERKESO, ataupun majikan tiada membuat bayaran caruman bulanan. Seteruk manapun kemalangan yang dialami pekerja tetap tidak akan dilayan oleh pihak PERKESO jika majikan tiada bayar caruman bulanan PERKESO. Malah majikan akan dikompaun. Justeru adalah penting majikan mendaftarkan pekerjanya dan membayar caruman bulanan PERKESO.

Bagi pekerja yang mengalami kemalangan maut semasa bekerja, pihak PERKESO akan membayar faedah bulanan kepada ibu bapa mangsa, jika mangsa belum berkahwin. Ibu bapa mangsa akan dapat bayaran bulanan setiap bulan dari PERKESO sehingga ibu bapa mangsa tersebut meninggal dunia. Bayaran faedah ini juga akan diberikan kepada isteri/suami dan anak-anak mangsa jika mangsa telah berkahwin.

Bagi pekerja yang mengalami kecacatan pula, contohnya kehilangan tangan atau kaki yang menyukarkan pekerja bekerja semula, maka pihak PERKESO akan membuat bayaran kepada pekerja setiap bulan. PERKESO juga akan memberi perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh pekerja, contohnya kerusi roda, tangan palsu dan sebagainya. Pihak PERKESO juga akan menolong pekerja tersebut cari pekerjaan yang ringan dan sesuai. Baguskan adanya PERKESO. 

Bagi kemalangan ringan pula, contohnya terjatuh dari tempat tinggi dan perlu bermalam di hospital, ataupun tangan terluka pekerja boleh membuat tuntutan juga. Tuntutan-tuntutan yang boleh dituntut bolehlah rujuk di laman web PERKESO. Kena rajin membaca ye.

Saya harap semua faham apa yang cuba saya sampaikan. Majikan mendaftarkan pekerja dan buat bayaran caruman PERKESO setiap bulan. PERKESO pula membayar faedah kepada pekerja yang mengalami kemalangan.

7 June 2021

Fahami Apa Itu Insuran Pekerjaan di Bawah PERKESO

Semua majikan swasta di Malaysia diwajibkan berdaftar dan membuat caruman PERKESO. Adalah satu kesalahan jika majikan tidak mendaftar dan membuat caruman PERKESO. Majikan akan dikenakan kompaun. 

Jika anda bergelar pekerja maka anda perlu baca sehingga habis penerangan ini. Untuk pengetahuan semua pekerja, caruman PERKESO yang majikan bayar setiap bulan itu adalah insuran pekerjaan. Di Malaysia semua majikan swasta diwajibkan ambil insuran pekerjaan under PERKESO. Majikan bayar caruman bulan-bulan di PERKESO. Bila ada kemalangan semasa bekerja, maka PERKESO lah yang akan bertanggungjawab bayar segalanya. 

Mesti ramai yang bertanya kenapa diwajibkan? Dulu sebelum kewujudan PERKESO, banyak kemalangan terjadi di tempat kerja dan semasa bekerja, di mana nasib pekerja tidak terbela disebabkan majikan tidak ada beli insuran pekerja, dan tidak ada menyediakan dana untuk kes-kes kemalangan. Kerajaan fikir perlunya satu badan yang menyelia dan memantau nasib-nasib pekerja swasta. Maka dengan itu tertubuhnya PERKESO. 

Untuk pemahaman pekerja, di sini saya jelaskan secara ringkat apa itu PERKESO. PERKESO adalah insuran pekerjaan, dan semua syarikat swasta wajib membuat caruman PERKESO ini. Adalah pilihan jika syarikat besar mahu beli insuran pekerjaan tambahan dengan syarikat/agent lain bagi pekerjanya. Jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja termasuklah kemalangan maut, pihak PERKESO lah yang bertanggungjawab untuk membayar kos yang berkaitan. Contohnya jika berlaku kemalangan maut semasa bekerja, PERKESO akan bertanggungjawab sepenuhnya. Waris layak terima faedah. Ini pun jika majikan ada membuat bayaran caruman pekerja setiap bulan. So bila ada kes kemalangan maut terjadi dikalangan ahli keluarga, bolehlah terus rujuk kepada PERKESO. Apa faedah yang layak diterima oleh Ibu Bapa, adik-beradik, Suami/Isteri, dan anak. Dan bila sudah dapat bantuan dan faedah dari PERKESO, janganlah tamak pergi minta majikan pula bayar ini itu. Cari gaduh dengan majikan, label majikan tidak bertanggungjawab, tidak bayar pampasan, tidak bagi mereka duit insuran.

Bila terjadinya kes kemalangan maut beginilah yang masyarakat kurang faham. Mereka ingat syarikat ada insuran pekerjaan sendiri. Mereka fikir faedah yang PERKESO bayar itu adalah berlainan, dari majikan lagi lain. Hayaa.... Apa yang lainnya tu?? Mahu pampasan dari PERSEKO, dan mahu juga dari majikan itu sendiri. Untuk menjelaskan perkara ini, mari saya terangkan di sini. Tanggungjawab majikan adalah membayar caruman  PERKESO pekerjanya setiap bulan. Dan bila terjadinya kemalangan sama ada kemalangan ringan, kritikal, mahupun maut, semuanya di bawah penyeliaan pihak PERKESO. PERKESO lah yang bertanggungjawab membayar segala kos perubatan, dan kos yang berkaitan dengannya. Kena masuk website PERKESO untuk ketahui faedah apa yang pekerja layak dapat jika berlaku kemalangan.

Untuk kemalangan maut, pihak PERKESO akan bayar faedah kepada waris. Waris akan dapat faedah bulanan yang dibayar terus masuk ke dalam bank akaun waris. Bukan itu saja, waris boleh membuat tuntutan kos pengebumian. Ambil borang, lengkapkan dan hantar sekali dengan resit yang mahu dituntut itu. FAHAM??? Banyak faedah boleh dituntut. Ada kes kemalangan maut, dimana ahli keluarga mati-mati juga mahu menuntut bayaran daripada syarikat itu sendiri. Mereka sangka faedah yang diterima dari PERKESO adalah dari PERKESO itu sendiri, dan tidak sama dari majikan. Mereka datang menuntut majikan pula. Kan kemalangan maut, majikan perlu bertangungjawab dan bayar pampasan kata mereka. 

Mari saya jelaskan secara terang-terangan. Jika majikan tidak buat bayaran caruman PERKESO, maka pihak PERKESO tidak akan bayar apa-apa faedah kepada pekerja atau waris yang kemalangan. Pekerja tidak layak terima apa-apa pun jenis faedah. Jangan harap kamu akan dapat bayaran faedah bulanan dari PERKESO setiap bulan. Kamu dapat bayaran tersebut pun kerana majikan jalankan tanggungjawab membayar caruman itu setiap bulan. Segala urusan tuntutan, gantirugi, dan apa-apa kos adalah dituntut direct melalui PERKESO, dan bukannya Majikan. Majikan tugasnya bayar caruman itu. Apalah perlunya majikan bayar caruman PERKESO setiap bulan jika berlaku kemalangan semasa bekerja, majikan pula yang perlu bayar faedah & tuntutan kemalangan?? Susah-suah saja majikan bayar caruman setiap bulan, majikan juga yang dipersalahkan bila terjadinya kemalangan. 

Banyak pekerja dan orang awam tidak faham akan perkara ini. PERKESO adalah insuran pekerjaan. Faham?? ok saya bagi contoh ya. Puan A merupakan agent insuran Etiqa yang menjual insuran kereta. Semasa mahu membaharui roadtax kerata Ali datang ke premis Puan A untuk membeli insuran keretanya. Ali bayar RM500 kepada Puan A untuk insuran kereta itu barulah dia dapat renew roadtax keretanya. Maka tugas Puan A ialah membuat bayaran kepada pihak Etiqa agar Ali dapat perlindungan insuran tersebut. Tiga bulan kemudian, Ali mengalami kemalangan jalan raya dan keretanya rosak. Maka Ali membuat tuntutan dengan Etiqa, dan setelah membuat pemeriksaan, Etiqa pun setujuh membayar kos baikpulih kenderaan itu. Ali tidak payah keluarkan sesen pun duit untuk baikpulih keretanya itu, semuanya ditanggung oleh Etiqa.  Kini Ali ada kereta semula untuk diguna. Tapi Ali kurang ilmu pengetahuan & sanggat tamak. Dia datang ke premis Puan A untuk menuntut gantirugi kemalangan. 

Dia berkata kepada Puan A, "Puan saya datang mahu tuntut insuran kemalangan yang saya beli dengan Puan". Puan A yang kebingungan menjawab "Bukankah bayaran insuran telah selesai dan pihak insuran telah bayar kos baikpulih kenderaan kamu? Kamu tidak payah pun keluarkan duit untuk baikpulih kereta tu". Ali dengan sombongnya berkata "Yalah, itu dari Etiqa, orang Etiqa sendiri yang datang cari saya. Yang dari Puan sendiri mana? Yang insuran dari Puan sendiri. Yang Etiqa tu Etiqa, saya tanya yang dari Puan punya." Kalau kamu mahu tampar-tampar muka Ali itu ertinya kamu tidak sebodoh & setamak Ali, Tahnia... Puan A cuba menarik nafas panjang-panjang dan menerangkan kepada Ali bahawa insuran kemalangan yang dibelinya itu adalah insuran dibawah Etiqa. Bila berlaku kemalangan jalanraya pihak Etiqa lah yang bertanggungjawab segala tuntutan oleh pelanggan. Tanggungjawab & tugas Puan A sebagai agent insuran pula ialah menyerahkan bayaran yang diterima dari pelanggan dibayar kepada pihak Etiqa. Sekiranya Puan A tidak membuat bayaran tersebut maka policy insuran itu tidak sah. Jika berlaku sebarang kemalangan jalan raya pelanggang itu tidak dilidungi, sebarang tuntutan tidak dilayan. Faham kah Ali?? 

okay. Begitu juga kesnya dengan Insuran Pekerjaan di bawah PERKESO. Tanggungjawab majikan ialah membayar caruman PERKESO setiap bulan agar pekerja dilindungi jika berlaku kemalangan semasa bekerja. Tanggungjwab PERKESO pula menyelesaikan tuntutan pekerja yang kemalangan. Fahamkah? Sudah dapat faedah/bayaran dari PERKESO, beryukurlah. Ini dia mahu tuntut yang dari majikan dia sendiri pula. "Itu dari PERKESO, orang PERKESO yang cari saya sendiri, yang dari majikan mana?, saya datang tanya yang majikan punya." Terus saya berfikir seketika. Orang jenis ini sebenarnya bodoh tamak. Pegang handphone 24jam tapi kurang membaca.

 


28 March 2021

Gout Berterusan Akan Menyebabkan Komplikasi

 Jangan ambil mudah dengan gout, jika ia berterusan akan menyebabkan komplikasi

⚠️ Sendi akan rosak dan akibat terlalu kerap radang berlaku. Akan menyebabkan sendi sakit, bengkok dan bengkak.
⚠️ Batu karang.
Gout adalah pengumpulan uric asid dalam bentuk kristal. Bayangkan jika ia terkumpul di buah pinggang?
⚠️ Buah pinggang rosak
Batu karang dari kristal uric asid akan merosakkan buah pinggang untuk masa panjang
⚠️ Masalah psikologi
Akibat selalu sakit dan MC memang akan menyebabkan pesakit stress , dipandang rendah dan di perli rakan rakan sekerja


Cara Terbaru Post Barang Dengan Menggunakan Perkhidmatan PosLaju

 Berikut merupakan cara-cara terbaru post barang dengan menggunkaan perkhidmatan Poslaju :

Ini adalah App Pos Malaysia. Download di Play Store.

  1. Mula-mula sila download aplikasi Pos Malaysia di Play Store.
  2. Jika mahu mengirim barang, masuk App Pos Malaysia dan klik "New Consigment". Anda perlu daftar akaun ataupun terus klik "Continue as Gues". Jika ingin daftar akaun klik "Sign Up Now" dan isikan maklumat yang diminta.
  3. Kemudian isikan maklumat pengirim seperti nama pengirim, no phone, email, dan alamat. Setelah itu klik "Next".
  4. Isikan maklumat penerima seperti nama penerima, no phone, email, dan alamat. Kemudian klik "Next"
    Ini adalah app Pos Malaysia

  5. Isikan maklumat barangan yang hendak dikirim, berat barang, penerangan isi barang, dan harga barang yang hendak dikirim. Kemudian klik "Next".
  6. Sila periksa maklumat yang di-key in adalah tepat, dan jika semuanya okay klik pada kotak "Estimated Price". Harga secara automatik akan terpapar. Jika bersetujuh terus klik "Generate" untuk sedia print borang poslaju tersebut. 
  7. Akhir sekali sila datang ke Pejabat Pos Malaysia, untuk print sticker borang kiriman tersebut. Anda hanya perlu scan QR Code yang disediakan petugas, kemudian buat bayaran dan selesai.
Amat mudah kan?? Isi sedia maklumat pengirim, penerima, dan bungkusan kemudian datang di Pejabat Pos Malaysia sahaja untuk print sticker kiriman tersebut. Sekarang Pos Malaysia tiada keluarkan borang kiriman manual sudah. Kena isi online di Apps Pos Malaysia.

22 January 2021

Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR ) 2021

Berikut merupakan cara mudah permohonan baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) :
 
Klik untuk ke Website Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) https://bpr.hasil.gov.my/
  1. Klik "Log Masuk
  2. Key in No Mykad anda
  3. Klik "Semak"
  4. Jika ID pengenalan belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk Daftar
  5. Klik "Daftar Akaun"
  6. Klik "permohonan Baru BPR"
  7. Kemudian isi dan lengkapkan maklumat pemohon 
  8. Klik "Teruskan"
  9. Key in CAPTCHA yang tertera, kemudian klik "Sahkan CAPTCHA"
  10. Klik box kecil, kemudian klik "Hantar"

Semoga Berjaya

21 January 2021

Penulis Blog Mengelirukan Ramai Pekerja Berkenaan PSU3.0 Bakal Disaman.

 Penulis blog mengelirukan ramai pekerja. 

Saya terima link daripada seorang pekerja. Bila saya buka link tersebut, ini yang keluar. Setelah saya baca isi kandungan blog ini rupanya penulis blog ini telah menulis dengan tidak tepat dan mengelirukan ramai pekerja. Yang saya highligh adalah ayat yang salah ditulis oleh pemilik blog. Kepada pemilik blog sila baca dan fahami isi kandungan sebenar dari Pihak PERKESO sebelum menulis blog ok.
 

PSU3.0 ini bukannya program yang bertujuan untuk membantu pekerja tempatan, sebaliknya yang sebetulnya adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan, untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat, agar dapat mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
 
Syarat utama majikan yang terima bantuan kewangan PSU 3.0 ini ialah TIDAK MEMBERHENTIKAN PEKERJA. Syarat-syarat yang lain sila lah baca penulisan sebenar dari Pihak PERKESO, dan bukannya baca dari blog.
 
Di sini saya postkan juga isi kandungan PSU3.0 yang tepat dari PERKESO. Sila baca 10 kali. Kalau tidak faham juga boleh bertanya kepada Pihak PERKESO.

Untuk pembaca di luar sana carilah sumber bacaan yang sahih dan tepat. Jangan mudah percaya penulisan dari blog. Kebanyakan blogger tidak tepat memberi informasi kepada pembaca, blogger hanya mahu pembaca klik blog nya agar dapat menambah hasil pendapatannya dari iklan-ikaln dalam blognya sahaja. Isi kandungan informasi asal diubah, dan ditulis semula untuk menarik perhatian pembaca sahaja. 
Link Sumber Sebenar dari Pihak PERKESO, & Kementerian Sumber Manusia.
Atau sila ke website PERKESO untuk maklumat lebih lanjut.