Semua majikan swasta di Malaysia diwajibkan berdaftar dan membuat caruman PERKESO. Adalah satu kesalahan jika majikan tidak mendaftar dan membuat caruman PERKESO. Majikan akan dikenakan kompaun.
Jika anda bergelar pekerja maka anda perlu baca sehingga habis penerangan ini. Untuk pengetahuan semua pekerja, caruman PERKESO yang majikan bayar setiap bulan itu adalah insuran pekerjaan. Di Malaysia semua majikan swasta diwajibkan ambil insuran pekerjaan under PERKESO. Majikan bayar caruman bulan-bulan di PERKESO. Bila ada kemalangan semasa bekerja, maka PERKESO lah yang akan bertanggungjawab bayar segalanya.
Mesti ramai yang bertanya kenapa diwajibkan? Dulu sebelum kewujudan PERKESO, banyak kemalangan terjadi di tempat kerja dan semasa bekerja, di mana nasib pekerja tidak terbela disebabkan majikan tidak ada beli insuran pekerja, dan tidak ada menyediakan dana untuk kes-kes kemalangan. Kerajaan fikir perlunya satu badan yang menyelia dan memantau nasib-nasib pekerja swasta. Maka dengan itu tertubuhnya PERKESO.
Untuk pemahaman pekerja, di sini saya jelaskan secara ringkat apa itu PERKESO. PERKESO adalah insuran pekerjaan, dan semua syarikat swasta wajib membuat caruman PERKESO ini. Adalah pilihan jika syarikat besar mahu beli insuran pekerjaan tambahan dengan syarikat/agent lain bagi pekerjanya. Jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja termasuklah kemalangan maut, pihak PERKESO lah yang bertanggungjawab untuk membayar kos yang berkaitan. Contohnya jika berlaku kemalangan maut semasa bekerja, PERKESO akan bertanggungjawab sepenuhnya. Waris layak terima faedah. Ini pun jika majikan ada membuat bayaran caruman pekerja setiap bulan. So bila ada kes kemalangan maut terjadi dikalangan ahli keluarga, bolehlah terus rujuk kepada PERKESO. Apa faedah yang layak diterima oleh Ibu Bapa, adik-beradik, Suami/Isteri, dan anak. Dan bila sudah dapat bantuan dan faedah dari PERKESO, janganlah tamak pergi minta majikan pula bayar ini itu. Cari gaduh dengan majikan, label majikan tidak bertanggungjawab, tidak bayar pampasan, tidak bagi mereka duit insuran.
Bila terjadinya kes kemalangan maut beginilah yang masyarakat kurang faham. Mereka ingat syarikat ada insuran pekerjaan sendiri. Mereka fikir faedah yang PERKESO bayar itu adalah berlainan, dari majikan lagi lain. Hayaa.... Apa yang lainnya tu?? Mahu pampasan dari PERSEKO, dan mahu juga dari majikan itu sendiri. Untuk menjelaskan perkara ini, mari saya terangkan di sini. Tanggungjawab majikan adalah membayar caruman PERKESO pekerjanya setiap bulan. Dan bila terjadinya kemalangan sama ada kemalangan ringan, kritikal, mahupun maut, semuanya di bawah penyeliaan pihak PERKESO. PERKESO lah yang bertanggungjawab membayar segala kos perubatan, dan kos yang berkaitan dengannya. Kena masuk website PERKESO untuk ketahui faedah apa yang pekerja layak dapat jika berlaku kemalangan.
Untuk kemalangan maut, pihak PERKESO akan bayar faedah kepada waris. Waris akan dapat faedah bulanan yang dibayar terus masuk ke dalam bank akaun waris. Bukan itu saja, waris boleh membuat tuntutan kos pengebumian. Ambil borang, lengkapkan dan hantar sekali dengan resit yang mahu dituntut itu. FAHAM??? Banyak faedah boleh dituntut. Ada kes kemalangan maut, dimana ahli keluarga mati-mati juga mahu menuntut bayaran daripada syarikat itu sendiri. Mereka sangka faedah yang diterima dari PERKESO adalah dari PERKESO itu sendiri, dan tidak sama dari majikan. Mereka datang menuntut majikan pula. Kan kemalangan maut, majikan perlu bertangungjawab dan bayar pampasan kata mereka.
Mari saya jelaskan secara terang-terangan. Jika majikan tidak buat bayaran caruman PERKESO, maka pihak PERKESO tidak akan bayar apa-apa faedah kepada pekerja atau waris yang kemalangan. Pekerja tidak layak terima apa-apa pun jenis faedah. Jangan harap kamu akan dapat bayaran faedah bulanan dari PERKESO setiap bulan. Kamu dapat bayaran tersebut pun kerana majikan jalankan tanggungjawab membayar caruman itu setiap bulan. Segala urusan tuntutan, gantirugi, dan apa-apa kos adalah dituntut direct melalui PERKESO, dan bukannya Majikan. Majikan tugasnya bayar caruman itu. Apalah perlunya majikan bayar caruman PERKESO setiap bulan jika berlaku kemalangan semasa bekerja, majikan pula yang perlu bayar faedah & tuntutan kemalangan?? Susah-suah saja majikan bayar caruman setiap bulan, majikan juga yang dipersalahkan bila terjadinya kemalangan.
Banyak pekerja dan orang awam tidak faham akan perkara ini. PERKESO adalah insuran pekerjaan. Faham?? ok saya bagi contoh ya. Puan A merupakan agent insuran Etiqa yang menjual insuran kereta. Semasa mahu membaharui roadtax kerata Ali datang ke premis Puan A untuk membeli insuran keretanya. Ali bayar RM500 kepada Puan A untuk insuran kereta itu barulah dia dapat renew roadtax keretanya. Maka tugas Puan A ialah membuat bayaran kepada pihak Etiqa agar Ali dapat perlindungan insuran tersebut. Tiga bulan kemudian, Ali mengalami kemalangan jalan raya dan keretanya rosak. Maka Ali membuat tuntutan dengan Etiqa, dan setelah membuat pemeriksaan, Etiqa pun setujuh membayar kos baikpulih kenderaan itu. Ali tidak payah keluarkan sesen pun duit untuk baikpulih keretanya itu, semuanya ditanggung oleh Etiqa. Kini Ali ada kereta semula untuk diguna. Tapi Ali kurang ilmu pengetahuan & sanggat tamak. Dia datang ke premis Puan A untuk menuntut gantirugi kemalangan.
Dia berkata kepada Puan A, "Puan saya datang mahu tuntut insuran kemalangan yang saya beli dengan Puan". Puan A yang kebingungan menjawab "Bukankah bayaran insuran telah selesai dan pihak insuran telah bayar kos baikpulih kenderaan kamu? Kamu tidak payah pun keluarkan duit untuk baikpulih kereta tu". Ali dengan sombongnya berkata "Yalah, itu dari Etiqa, orang Etiqa sendiri yang datang cari saya. Yang dari Puan sendiri mana? Yang insuran dari Puan sendiri. Yang Etiqa tu Etiqa, saya tanya yang dari Puan punya." Kalau kamu mahu tampar-tampar muka Ali itu ertinya kamu tidak sebodoh & setamak Ali, Tahnia... Puan A cuba menarik nafas panjang-panjang dan menerangkan kepada Ali bahawa insuran kemalangan yang dibelinya itu adalah insuran dibawah Etiqa. Bila berlaku kemalangan jalanraya pihak Etiqa lah yang bertanggungjawab segala tuntutan oleh pelanggan. Tanggungjawab & tugas Puan A sebagai agent insuran pula ialah menyerahkan bayaran yang diterima dari pelanggan dibayar kepada pihak Etiqa. Sekiranya Puan A tidak membuat bayaran tersebut maka policy insuran itu tidak sah. Jika berlaku sebarang kemalangan jalan raya pelanggang itu tidak dilidungi, sebarang tuntutan tidak dilayan. Faham kah Ali??
okay. Begitu juga kesnya dengan Insuran Pekerjaan di bawah PERKESO. Tanggungjawab majikan ialah membayar caruman PERKESO setiap bulan agar pekerja dilindungi jika berlaku kemalangan semasa bekerja. Tanggungjwab PERKESO pula menyelesaikan tuntutan pekerja yang kemalangan. Fahamkah? Sudah dapat faedah/bayaran dari PERKESO, beryukurlah. Ini dia mahu tuntut yang dari majikan dia sendiri pula. "Itu dari PERKESO, orang PERKESO yang cari saya sendiri, yang dari majikan mana?, saya datang tanya yang majikan punya." Terus saya berfikir seketika. Orang jenis ini sebenarnya bodoh tamak. Pegang handphone 24jam tapi kurang membaca.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini