Topik kali ini saya akan menerangkan apa peranan/tanggungjawab majikan, dan apa pula peranan/tanggungjawab PERKESO. Ramai pekerja yang keliru, mereka menyangkakan majikan dan PERKESO adalah berlainan, tidak ada hubungan satu sama lain. Yang sebenarnya majikan dan PERKESO adalah saling berkaitan.
Secara ringkas PERKESO ialah insuran pekerjaan, yang menawarkan perkhidmatan insuran pekerja kepada majikan swasta. Semua majikan swasta di Malaysia diwajibkan mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO. Tanggungjawab majikan ialah mendaftarkan semua pekerja dengan insuran pekerja dalam PERKESO. Maksudnya majikan wajib ambil insuran pekerja dengan PERKESO, dan perlu membayar caruman PERKESO setiap bulan. Merupakan satu kesalahan jika majikan tidak mendaftar dan membayar caruman PERKESO. Tanggungjawab/peranan PERKESO pula ialah memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja. Majikan bayar insuran pekerja kepada PERKESO setiap bulan, PERKESO pula perlu melindungi pekerja yang didaftarkan oleh majikan ketika mengalami kemalangan semasa bekerja sama ada kemalangan ringan, kemalangan kritikal, dan kamalangan muat.
Jika pekerja telah didaftarkan dengan perkeso, dan majikan juga telah membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO, maka pekerja tersebut layak dilingungi oleh PERKESO. Jika pekerja tersebut mengalami kemalangan semasa bekerja, pekerja bolehlah membuat tuntutan terus dengan pihak PERKESO. Pekerja boleh rujuk faedah-faedah yang boleh dituntut melalui laman web PERKESO. Pergi Pejabat PERKESO terdekat, ambil borang dan lengkapkan, kemudian serahkan borang itu kepada majikan untuk majikan buat pengesahan. Setelah itu kembalikan borang itu kepada pihak PERKESO. Pihak PERKESO akan melakukan penyiasatan untuk setiap tuntutan yang dibuat. Tuntutan itu tidak akan berjaya atau diluluskan jika pekerja tidak berdaftar dengan PERKESO, ataupun majikan tiada membuat bayaran caruman bulanan. Seteruk manapun kemalangan yang dialami pekerja tetap tidak akan dilayan oleh pihak PERKESO jika majikan tiada bayar caruman bulanan PERKESO. Malah majikan akan dikompaun. Justeru adalah penting majikan mendaftarkan pekerjanya dan membayar caruman bulanan PERKESO.
Bagi pekerja yang mengalami kemalangan maut semasa bekerja, pihak PERKESO akan
membayar faedah bulanan kepada ibu bapa mangsa, jika mangsa belum berkahwin. Ibu bapa mangsa akan dapat bayaran bulanan setiap bulan dari PERKESO sehingga ibu bapa mangsa tersebut meninggal dunia. Bayaran faedah ini juga akan diberikan kepada isteri/suami dan anak-anak mangsa jika mangsa telah berkahwin.
Bagi pekerja yang mengalami kecacatan pula, contohnya kehilangan tangan atau kaki yang menyukarkan pekerja bekerja semula, maka pihak PERKESO akan membuat bayaran kepada pekerja setiap bulan. PERKESO juga akan memberi perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh pekerja, contohnya kerusi roda, tangan palsu dan sebagainya. Pihak PERKESO juga akan menolong pekerja tersebut cari pekerjaan yang ringan dan sesuai. Baguskan adanya PERKESO.
Bagi kemalangan ringan pula, contohnya terjatuh dari tempat tinggi dan perlu bermalam di hospital, ataupun tangan terluka pekerja boleh membuat tuntutan juga. Tuntutan-tuntutan yang boleh dituntut bolehlah rujuk di laman web PERKESO. Kena rajin membaca ye.
Saya harap semua faham apa yang cuba saya sampaikan. Majikan mendaftarkan pekerja dan buat bayaran caruman PERKESO setiap bulan. PERKESO pula membayar faedah kepada pekerja yang mengalami kemalangan.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini