30 September 2017

Candy B Complex, dan Vimax Tidak Baik Untuk Kesihatan

Hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.




Candy B Complex mengandungi bahan Tadalafil, manakala Vimax mengandungi bahan Sildenafil AnalogBerikut merupakan kesan-kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan ini:

1.   Pengambilan ubat ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak dan serius.
2.   Sakit dada, berasa loya dan pening semasa sex.
3.   Pengambilan secara berterusan akan menyebabkan sakit hati dan kerosakan buah pinggang.
4.   Kehilangan penglihatan secara mendadak kemungkinan akan berlaku dalam sebilangan kecil orang yang mengambil ubat-ubatan yang mengandungi Tadalafil.

Ketaksuban pengguna tentang ubat ubatan herba @ tradisional tentang (TENAGA BATIN) dewasa ini tanpa mengambil kira tentang KEMUDARATAN atau bakal berlaku tidak pernah diambil kira. Pengguna yang terlalu taksub dengan ubat perangsang seks dan sanggup membayar harga tinggi menyebabkan pelbagai jenama ubat haram muncul di pasaran. 

Kebanyakan ubat haram itu diseludup dari luar, terutama China dan Indonesia, dengan sebahagiannya dimasukkan ke dalam bagasi tangan ketika menaiki kapal terbang. 
Setiap bahan kimia ada kegunaannya, tetapi hendaklah dalam sukatan betul. Ubat tradisional tidak boleh dicampurkan dengan bahan kimia lain kerana mengundang bahaya kepada pengguna. 

Penggunaan bahan kimia seperti sildenafiltadalafil dan analog sildenafil dalam jumlah tinggi pada ubat perangsang seks boleh memberi kesan negatif seperti degupan jantung bertambah kencang dan tekanan darah meningkat, terutama bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis. 


Sildenafil, tadalafil, analog sildenafil adalah bahan yang sering digunakan dalam ubat kuat kerana keberkesanannya. Bagaimanapun, analog sildenafil iaitu satu bentuk kimia yang asalnya daripada sildenafil mempunyai kesan lebih cepat, namun kesan mudaratnya juga dapat dilihat lebih cepat. 

Lelaki atau kaum Bapa yang mengalami masalah mati pucuk atau ingin mencuba ubat mengandungi bahan itu perlu berhati hati serta diminta atau dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Doktor tidak akan memberi kebenaran sembarangan kalau individu terbabit tidak mempunyai disfungsi erektil. 

Sebenarnya, jika fizik seseorang itu normal, ubat mengandungi racun tertentu tidak begitu bahaya, tetapi jika pengguna itu ada masalah jantung atau buah pinggang, ia akan memberi kesan negative, boleh membahayakan pengguna. 

Sedikit panduan, pengguna yang ingin membeli ubat perlu memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL

Katanya, ubat bukan racun (OTC) ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran, manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’. 

Melalui pemeriksaan penguat kuasa Bahagian Farmasi, ada syarikat menggunakan pendaftaran palsu bagi ubat bukan racun, iaitu XXL di hujung nombor pendaftaran. 

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan, kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu anti jerawat, anti kelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria. 

Pengguna perlu berhati-hati dengan ubat tradisional tidak berdaftar. 

Misalnya, Ubat Papan dari Indonesia. Ia mengandungi steroid. Walaupun berkesan menguatkan seks, pada masa sama ia mempercepatkan pereputan tulang dan menyebabkan tulang mudah patah. 

Pelbagai Viagra tiruan turut dikesan dijual di pasaran tempatan yang kebanyakannya berasal dari China dan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada Viagra tulen. 

Sebiji pil Viagra tulen yang paling kuat keberkesanannya ialah 100 miligram (mg), tetapi Viagra palsu pula 500 mg, iaitu kadar yang tidak munasabah. Ia umpama memasukkan enjin lori ke dalam kereta Kancil. 

Ada juga peniaga menawarkan ubat seks dengan mendakwanya sebagai ubat tradisional melalui jualan secara langsung, tetapi jika ubat tradisional dijual antara RM8 hingga RM10 sebiji, ia terlalu mahal dan ternyata berlaku penipuan. 

Sebenarnya, ubat farmaseutikal lebih selamat kerana mengandungi racun berjadual, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mementingkan keselamatan dan aplikasi sementara ubat tradisional pula, dinilai daripada keselamatan dan kualiti. 

Mengingatkan para pengguna, ubat perangsang seks palsu serta ubat tiruan mengandungi racun seperti sildenafil, tadalafil dan steroid banyak dijual di kaki lima jalanan, toko ubat dan kedai runcit. 

Pengguna yang ingin tahu sama ada produk yang dipasarkan berdaftar atau tidak boleh memeriksa laman web cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan di www.pharmacy.gov.my.


65 comments:

  1. betul ke candy b complex berbahaya? Seatch google xbyk keburukan melainkan artikel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy da semak kt web pharmacy.gov.memang trsenarai.

      Delete
  2. Ada.boleh rujuk kat sini.
    http://npra.moh.gov.my/index.php/recent-updates/adulterated-products-unregistered

    ReplyDelete
  3. Aku mkn candy b sakit habis urat kaki smpi pinggang.. jilaka betui

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, macam mana nak hilang kan sakit tu , aku takleh tahan dah ni

      Delete
    2. Babi punya candy B.. Sakit urat kaki & pingang. Susah nak tidur

      Delete
    3. Msh sakit lg ka bro. Aku xtaw kesan sampingan jd mcm ni. Cibai menyesal aku mkn benda ni

      Delete
    4. Same la oit. X nak la makan lg. Kanina boy jibai

      Delete
    5. Kene minum air masak atau minerel bnyk xsilap ak....pastu jgn makan sebijik terus permulaan....pecahkan separuh...

      Pastikan brg ada barcode yg ori...tu kene rujuk kkm la kot....

      Sekian...tu jer yg ak tau....

      Delete
    6. aku pulak terkena, ni baru baca info pasal candy B, tak boleh tido siak kaki, pinggang semua sakit, nyesal plk aku makan.

      Delete
    7. I pun sama bro... Menyesal betul

      Delete
    8. Aku mkn candy b ni sakit dada..tekak kering je..tp jgn lupa kena minum air kosong bnyak..baru hilang..klu blh mkn candy ni jgn ambik masa kerja yg berat..

      Delete
  4. Selepas memakannye sakit pinggang, mata merah, panas badan, biji mata panas, sakit bahagian belakang Tdk dpt tidur malam dek kerana kesakitan seluruh anggota badan. Buang air pun sakit d bahagian pinggang apabila meneran. Berlarutan selama 6 hari sdh. Sehingga komen ini d postkan masih lagi mengalami sakit terutama di bahagian pinggang berkenaan. Kepala pun sakit. Berasa panas seluruh anggota badan. Pesanan beliau berhati-hati dgn ubat perangsang seks. Ini luahan rakan saya apabila dia pernah memakan gula-gula ni dgn harge RM14 sebiji d kedai runcit. Menakutkan sungguh...Rakan saya memakannye pada hari Isnin..komen ini di tulis pada malam Sabtu..

    ReplyDelete
  5. Saya sokong apa yg dikatakan oleh saudara dun kiduk.slps pengambilan pertama saya juga mengalami simpton yg sama.malah belakang sendi lutut saya juga membengkak.sukar utk berjalan.selepas hampir setahun saya ulang makan semula.... Tetapi saya kecikan dos dengan satu biji dibahagi empat.saya dapati simptonnya berkurangan. Hasilnya juga mengecewakan. So saya rasa tidak berbaloi membelinya dengan kesakitan yg dialami.

    ReplyDelete
  6. Aku Baru Lepas guna candy b complex...Baru makan sebijik dh pening kaw2,Dakota kepala,urat,perut..menyelam..memang Aku xkan makan lg ubat beracun nie....

    ReplyDelete
  7. Bahaya candy b complex nie..saya Baru Lepas makan semalam...sehingga Hari nie badan saya Panas,Mata merah,sakit kepala,sakit pinggang...kalau makan nasi jd nk muntah2...memang xkan makan dh Lepas nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ak mkn juga, tpi kena bykkn minum air ,x tau la tpi bila semua ckp ada kesan memudaratkn ,pksa batalkn niat la utk mkn candy b ni, sbb dlu kwn ckp kalau mkn candy b, power seks, power juga bsukan ,mmg tbukti ,tpi air mkn kena jaga ,huhuhu. .

      Delete
  8. aku pun sma, makn candy b shari suntuk rsa pening kpala dgn sengal2 badan.. rsa mnyesal plk p mkn..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana nak hilangkan rasa sakit tu?

      Delete
  9. candy B atau mana2 product yg mengandungi sildenafil atau tadalafil adalah utk org yg ada masalah PE atau ED. kalau takde salah satu simptom tu jgn la menggatal nak amik. mmg merana la badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah PE atau DE tu ap..

      Delete
    2. Erectile dysfunction @ mati pucuk

      Delete
    3. Bro, awk mkn 1biji or ptong spruh n then mkn??.. klau ambil spruh. . Kesan nya oke tak?

      Delete
  10. aku makan candy b ok je siap repeat lagi.. seller bgi tau ada original dan tiruan.. mungkin makan tiruan .. aku makan rilex je keras 4 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X da kesan negatif ke selepas makan? Pening kepala, merah panas rasa muka ke?

      Delete
    2. Betul. Saya dah 8 kotak makan ok aje. Sbbnya saya ada ED . Klu awak tu sihat tak yah makan.

      Delete
    3. Bro.. Beli candy b Ori dkt mane?

      Delete
    4. Kan...ak mkn ok plak...
      Bnyk minum air masak

      Delete
    5. Btul..mkn candy b kena bnyak minum air masak..

      Delete
  11. Cara makan biar betul.. baru kesan sampingan tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah viagra 50mg lebih selamat dari tadalafil ata u sedanafil

      Delete
  12. Aku makan candy b . Asyik nk muntah je.. Gila betul.. Pening melampau.. .

    ReplyDelete
  13. Jilake betul pening nak mampos. Stop la makan. Menyesal giler babi makan. Mata badan sakit pening kepala pusing. Babi tol.

    ReplyDelete
  14. Cara nak kurangkan kesan sampingan tu, makan panadol yang sakit urat, atau tampal dgn koyok. In shaa allah lepas seminggu hilangkan kesannya tu, buat pencerahan semua.. kebanyakkan ubat2 jenis nie akan jadi benda yang sama, cth: Americano,Lorenzo dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru nk try mkn.. Candy ni.. Firts time mkn.. Rsa pening, mata panas, kaki sakit, pinggang, rsa kebas.. Dh 4 hari dh msih sakit lgi.. Pinggang, kaki,.. Jdi nk hilangkn mcm mna petua dia..bgi tips sikit bro..aku sakit sgt ni.. Nk tido mlm pun x blh bro.. Dh 2 mlm aku x blh tido.. Smpai ke pgi

      Delete
  15. nak tanya. kalau ada darah tinggi boleh kah makan candy B? lagi nak tanya pada kawan kawan, saya ini tidak lah ED...cuma cepat pancut aja...tak boleh nak mendayung lama lama. Boleh kah makan Candy B?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mati awal oh. Jangan main2. Jangan makan ok.

      Delete
  16. Aku xmkn candy b..sbb ramai ckp sakit badan...aku makan soloco...cuma sakit kepala ja...tp keras 3 4 hari...main pn best

    ReplyDelete
  17. Sakit kepala yg amat dasyat..

    ReplyDelete
  18. Kepada yg nk cuba cuba candy b tu tkpayah la ambik , seksa woi sakit kepala tk hilang2 , tktahu la bila nk baik ni

    ReplyDelete
  19. Baru Cuba semalam..sy pun Alami benda sama.. Skit kepala sampai Sekarang Tak reda2... Mata Merah..muka pun rasa bengkak.. Badan sakit2 menyesal weiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut bdn bos x sesuai ambik candy b ni..sy mkn dh 2kotak..ok je..yg penting ori..lg satu air masak kena mium bnyak

      Delete
  20. AkU baru makan 3 hari lepas..sampai hari ni sakit teramat sangat...sumpah tak nak makan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Candy B Doss Tggi kita org asia x tahan dgn doss tggi,
      Candy B Khas utk org Europe.. So bila org asia mkn 1 biji mcm2 bole jd..
      Jgn mkn 1 biji.. cuma mkn 1/4 sja ni pun dh kira tggi.
      mkn 1 biji bukan bole main smpai 1 mggu kalu keras smpai 4 hari. pompuan pun caaaauuu...
      Tq.

      Delete
  21. Ada sesiapa boleh bagi nasihat bagaimana cara untuk merawat / menghilangkan sakit kepala sebab makan Candy B. Saya dah 4 hari sakit kepala. First time cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhenti serta merta makan ini Candy B. Kalau sakit kepala masih tidak hilang lepas berhenti makan sila lah jumpa doktor.

      Delete
    2. Just minum air kelapa bro

      Delete
  22. babballl pnya candy B... sakit urat gilerrrr

    ReplyDelete
  23. Salam..sebelum ni aku pernah try candy b..sakit kepala ya amat..nak romen pun tak jadi..dah la tu, 3 hari anak aku tak p skolah..aku takbleh bangun..baru ni aku try blaxwolf..memang terbaik..member aku rekomen..katanya yg ni memang ori produk takde fake..so far aku takde sakit kepala bagai������

    ReplyDelete
  24. Sial betul candy b ni.... Aduiii.... Sakit kepala, Sakit pinggan.... Pehhhh... Sumpah tak nak ambil lagi...

    ReplyDelete
  25. Sama la aku..sakit kepala,sakit urat..ni baru balik mengurut..sakit hbs pinggang,kaki..sumpah aku x makan dah..sbb aku trbukak page ni.rpanya ramai dah yg kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum air kelapa gaissss utk neutralkan dia..😂

      Delete
    2. Tiada bukti air kepala dapat meneutralkan mana-mana bahan terlarang. Air kelapa hanya sebagai air semulajadi yang sedap diminum.

      Delete
  26. boikot candy malaun ni sakit hbis badan gais,pi klinik tekanan darah jdi rendah beb,bahaya

    ReplyDelete
  27. Suami saya meninggal pd Jan 2020 lps...sebab ambil produk neraka ini ...(jantung trhenti Cardiac Arrest)..Al Fatihah

    ReplyDelete
  28. Ada kata boleh makan ada kata tak boleh makan... konpius aku... senang2 pakai magic tisu jelah... kebas burung aku... janji pasangan pusing mata hitam... perrhhhhh... suara dia.....

    ReplyDelete
  29. Kepala tak henti sakit, tapi aku bole tido cuma kepala sakit mampuih.

    ReplyDelete
  30. First makan memang sakit kepala,telinga panas,tpi BilA bersetubuh memang barang keras terus la xnak turun,hari ke 3pinggan masih rasa sakit,baik ambil pamalton ja klu cam ni

    ReplyDelete
  31. First time ambik candy b 3 hari lepas, sampai sekarang masih pening melantun lantun, mata merah, badan lesu. Memang teruk lah side effect benda ni. kerja pun tak fokus dibuatnya. Tolong jangan sesekali cuba !

    ReplyDelete
  32. Sial punye candy b.. aku beli original 1 tin dari website dia.. makan sebiji sakit kepala 4 hari (batang naik).. seumur hidup x pernah sakit kepala macam ni.. memang lain macam la sakit dia..
    Lepas sebulan aku cuba lagi.. kali ni aku makan aku pecahkan dulu pil tu.. aku amek suku je (batang tak naik).. tapi sama je sakit kapalaaaa.. buang terus 1 tin tu..

    ReplyDelete
  33. Memang menipu la yang cakap kene minum air banyak la, air kelapa la.. sampai kembung perut aku minum air.. sama je sakit kepala.. xde guna batang naik tapi kepala berdenyut..

    ReplyDelete

Komen Disini