Info Ibu Megandung


Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung.

Bagaimana?

1.     Hanya minum susu yang dipasteur atau susu UHT. Susu fresh yang diperah dari tetek kambing, lembu, rusa, buaya ke tidak digalakkan minum.
2.     Tidak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. Tiada risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yang sudah diproses. Baca betul-betul. Soft cheese sahaja yang tidak boleh makan.
3.     Tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yg ada sayur ) - sejenis daging mentah.
4.     Tidak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yang lama.


Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula :

1.     Elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa-apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak
2.     Elakkan daging mentah, atau daging separa masak.

Tidak ada istilah mengidam makanan-makanan yang saya cakap di atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak.

Sumber Penulisan Dari:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita dan Kehamilan

No comments:

Post a Comment

Komen Disini