13 September 2017

Cara Buat Bayaran KWSP Secara Online

Pihak KWSP mengumunkan bermula pada tahun 2018 semua bayaran caruman KWSP dibuat melalui online. Bayaran caruman KWSP tidak boleh dibuat di mana-mana bank lagi. Justeru semua majikan perlu belajar cara menghantar dan membayar caruman KWSP secara online. Berikut merupakan cara-cara untuk menghantar dan membayar caruman KWSP secara online:


1. Sila klik sini untuk membuka laman web KWSP.



2. Klik login majikan, kemudian masukan ID Pengguna, kata laluan dan klik login.



3. Untuk majikan yang belum ada akaun anda perlu mengaktifkan i-Akaun dulu, klik pada login kali pertama. Kemudian masukan ID Pengguna. ID Pengguna adalah no rujukan majikan 9 digit numbur.

4. Klik bahagian caruman dan pilih jenis transaksi anda. Penghantaran Butiran Caruman KWSP (Borang A) adalah untuk mengisi butir-butir pekerja anda serta caruman, dan boleh terus membuat bayaran juga.



5. Kemudian pilih jenis borang. Borang A Pracetak adalah borang A yang telah dihantar kepada KWSP sebelum ini, dan anda perlu pinda/ubah untuk caruman bulan terkini. Setelah isi klik Seterusnya.



6. Setelah itu pilih kaedah bayaran dan hantar Borang A. Pada bahagian ini sila pilih Bayaran melalui FPX. Barulah pilih jenis bank anda. Jika anda mahu membayar melalui bank Maybank klik logo Maybank. Kemudian laman web Maybank akan terbuka sendiri, masukan Username dan Password anda. Untuk Bank majikan yang ada maker & checker terus login menggunakan usernama & password checker. Kemudian klik seterusnya

No comments:

Post a Comment

Komen Disini