27 July 2015

Inanam 27/07/2015, Seorang Lelaki Gunakan Sihir Meminta Duit

INANAM 27/07/2015 : Seorang lelaki menggunakan sihir untuk meminta duit. Menurut pemilik kedai, seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggang telah membaca sihir dan menyebabkan kekeliruan dan pekerja memberikannya duit. 

Pada mulanya lelaki itu perpura-pura mahu beli Simpack Maxis, pekerja memberitahu perlu daftar kad pengenalan jika mahu beli sim kad. Kemudian lelaki tersebut meminta sekeping kertas dan pen. Selepas lelaki tersebut membaca beberapa perkataan, pekerja itu mengambil RM250 dan beri padanya. Setengah jam kemudian pekerja itu memberitahu bosnya tentang kejadian aneh itu. Kemungkinan selepas setengah jam barulah pekerja itu sedar dari baca-bacaan sihir lelaki itu, kemudian segera memberitahu hal itu kepada bosnya.

Anda boleh lihat melalui rakaman CCTV ini menunjukkan simpack itu masih di atas meja, dan lelaki itu telah mengambil duit, dia datang bukan untuk membeli sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Komen Disini