25 May 2019

Jangan Suka Hati Beli Ubat Tahan Sakit Tanpa Pantauan Doktor

Menurut Doktor Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Buah Pinggang, bukan prodak sampah sahaja yang boleh merosakkan buah pinggang, ubat tahan sakit juga boleh menyumbang kerosakan buah pinggang anda. Orang ramai yang sesuka hati beli ubat jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) seperti Ponstan (Mefenemic Acid), Voltaren (Diclofenac), Ibuprofen dan beberapa jenis lagi boleh mendatangkan kemudaratan jika pengambilan tanpa pantauan doktor.
Tolonglah jangan beli tanpa pantauan. Nak beli untuk ibu-bapa yang sudah berumur, risiko untuk mereka sangat tinggi. Ubat jenis ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman melalui usus juga, selain daripada rosak buah pinggang.



Berikut merupakan saranan Doktor Rafidah untuk anda yang mahu mendengar:
  1. Selesaikan punca kesakitan tersebut. Jangan bergantung ubat kecuali di bawah pantauan Doktor Pakar.
  2. Cuba guna ubat tahan sakit jenis lain dahulu sebelum guna ubatan jenis ini.
  3. Beritahu Doktor anda dan boleh mereka pantau. Tak payah sorok-sorok yang anda beli ubat tempat lain.
  4. Kalau ada penyakit kronik buah pinggang tolong beritahu yang anda ada masalah ini. Kalau makan juga, walaupun sebiji, fungsi buah pinggang boleh rosak habis. Masa itu, jangan tanya macamana nak pulihkan, sebab memang tak boleh.

Cegahlah sebelum terlambat. Sayangilah diri dan keluarga anda.

Sumber Info dipetik dari penulisan Doktor Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang

No comments:

Post a Comment

Komen Disini