Hari Pertama
- Pembedahan mata dilakukan di dalam dewan bedah oleh doktor dan dibantu oleh pembantunya.
- Pembedahan mata tidak lama dalam beberapa minit sahaja.
- Selepas pembedahan, mata sangat pedih seperti terkena hirisan bawang. Saya terpaksa tutup mata saja, mata sangat kurang selesa. Sediakan tisu ya haha..
- Semasa pembedahan jangan gerak-gerakan kepala, jangan tutup mata, mata berkelip boleh tapi jangan tutup, hanya tutup mata jika doktor arahkan tutup. Dengar arahan doktor untuk fokus pada cahaya hijau di depan sahaja.
- Selepas pembedahan mata akan kabur ya dan pedih. Tapi masih boleh tinggu jalan untuk berjalan.
- Klinik akan bagi ubat titis mata, untuk elak mata kering. Titiskan setiap dua jam, dan apabila perlu. Doktor akan check keadaan mata jika perlu diteruskan selepas seminggu pengunaan.
- Selepas pembedahan dibenarkan balik rumah. Perlu pakai cermin mata hitam bagi elak silau cahaya matahari.
- Saya guna Grab balik rumah, sebab tidak dibenarkan memandu.
- Sampai rumah dalam pukul 3 petang, dan terus tidur berehat sebab sangat mengantuk, pukul 5 petang bangun mata ada okay sikit, tidak berapa pedih sudah.
Eye drop: Titiskan setiap 2 jam selama seminggu. |
Hari ke-2
- Semasa bangun pagi mata sudah pulih, boleh nampak 80% dengan jelas tanpa cermin mata.
- Pagi datang review doktor. Doktor akan check mata dan buka softlen dalam mata tu.
- Boleh drive sendiri, mata tidak pedih sudah.
- Penglihatan mata seolah-olah ada jerebu-jerebu, embun-embun. Ini normal.
- Mata pada hari ke-2 boleh tahan cahaya matahari, tidak silau seperti hari pertama selepas pembedahan lasik.
- Sebelah malam saya nampak cahaya lampu di jalan kelihatan starbust dan halosvision. Kena keluar pada waktu malam untuk melihat cahaya lampu baru tahu. Penglihatan waktu malam akan terjejas ya, setiap orang tidak sama, ada yang starbust dan halosvision sederhana, ada yang teruk, dan ada juga yang tidak ada lansung. Jika tidak dapat terima penglihatan malam terjejas akibat lasik ini jangan buat lasik ya. Penglihatan mata saya ya memang starbust dan halosvision tapi saya boleh terima. Boleh tinggu gambar di bawah ini, inilah penglihatan malam saya.
Hari ke-4
- Bangun pagi saja tiba-tiba pula mata jadi 30% rabun semula. Tidak nampak dengan jelas. Apa la nasib jadi rabun semula.
- Pukul 11 pagi, mata sebelah kiri 100% rabun teruk, mata sebelah kanan 50% rabun.
- oh ya saya tidur malam dengan aircond, lupa pula pesan doktor yang jangan tidur ber-aircond. Kemungkinan mata jadi sangat-sangat kering, sebab itulah jadi rabun semula.
- Masa bangun pagi ada susah sikit buka mata, kelopak mata bengkak-bengkak seperti mata orang menangis. Inilah salah satu tanda mata sangat sangat kering.
Hari ke-5
- Mata sebelah kiri masih tidak dapat baca tulisan di screen laptop, mata sebelah kanan boleh baca lah tetapi penglihatan ada jerebu jerebu, seperti ada embun embun begitu.
- Masih belum dapat baca tulisan di laptop, jarak mata to screen 60cm, saya cuba kasi dekat mata p screen pun sama juga tidak nampak.
Hari ke-7
- Pada pukul 8 pagi, penglihatan mata kiri & kanan masih kabur, tulisan di laptop tidak jelas, susah mau nampak, susah mau fokus. Tulisan pada buku & telephone pun tidak dapat baca.
- Penglihatan blur, seperti ada jerebu jerebu, ada embun embun. Sangat susah mau fokus buat kerja
- Dua-dua mata sama kabur.
Hari ke-9
- Hari ini datang review doktor. Pembantu doktor buat pemeriksaan pada mata saya.
- Dia rekomen makan Omega Oil Fish. Apa jenama pun boleh. Saya beli jenama Pristin di Watson.
- Selain itu saya juga makan Brand's Blackcurrant & Lutiein Essense. Beli di Watson juga.
- So far rasanya okay, masa pagi boleh tinggu screen laptop dengan jelas dan boleh baca tulisan pada screen laptop & telephone. Sebelum ini sangat susah mau dibaca.
Hari ke-11 (Minggu Ke-2)
- Malam tidur tanpa aircond, selepas bangun pagi mata rasanya ada bertambah bagus. Tidak terlalu kering. Boleh melihat dengan jelas sedikit. Penglihatan bertambah bagus.
- Itulah sebabnya jangan tidur ber-aircond pada 1 minggu pertama selepas pembedahan. Kesannya akan buatkan mata sangat kering, dan penglihatan akan jadi rabun. Biasanya penglihatan akan jelas selepas 24jam. Itu lah kena jaga mata betul-betul ya.
Hari ke-14
- Penglihatan masih naik/turun.
- Penglihatan hari ini agak kabur, screen laptop boleh nampak tapi kabur lah.
- Malam tidur tanpa aircond, hanya guna kipas. Tetapi mata tetap kering kena angin kipas.
- Bulan pertama ni penglihatan mata saya naik turun. Contohnya hari ini boleh nampak, esok rabun, esok lagi sebelah kanan pula rabun, begitu lah hidup saya dalam masa sebulan ni.
Hari ke-24 (Masuk Minggu ke-4)
- Penglihatan sebelah mata kiri nampak double vision, dan sangat kabur blur.
- Penglihatan sebelah mata kanan okay.
Hari ke-25
- Penglihatan mata kiri sangat kabur
- Penglihatan mata kanan okay
Hari ke-27
- Datang review.
- Doktor rekomen guna DIQUAS, Systane Ultra Lubricant, dan Vidisic Gel.
- DIQUAS - titiskan 6 kali sehari. Saya titiskan pada 6am, 9am, 12pm, 3pm, 6pm, 9pm. Benda ni banyak membantu mata saya jadi stabil, penglihatan pulih dari rabun.
- Systane Ultra Lubricant - titiskan setiap 2 jam & bila perlu, tapi saya titiskan setiap sejam dengan harapan mata cepat sembuh dan tidak kering. Benda ini membantu mata saya tidak begitu kering.
- Vidisic Gel - letak di tengah-tengah bawah mata pada waktu malam semasa mahu tidur sahaja. Gel ini membantu saya senang buka mata pada keesokan hari.
Hari ke-28
- Penglihatan mata kiri masih kabur
- Penglihatan mata kanan ini hari ikut kabur-kabur.
- Hari ni merupakan hari ke-2 guna DIQUAS
- Lebih kurang pukul 9 malam, mata kiri tiba-tiba tersangat kering & kurang selesa. Saya terus tidur untuk kurangkan ketidakselesaan mata.
Hari ke-29
- Penglihatan mata kiri masih kabur, mata kanan ikut kabur juga.
- Sepanjang hari kabur-kabur
- Pukul 3 petang mula guna Systane Ultra Lubricant. Baru beli hehe
Hari ke-30
- Bangun pagi, penglihatan bertambah bagus. Tiada sudah kelihatan jerebu jerebu, claudy.
- Tiada kabur, boleh nampak dengan jelas.
- 3 benda tu yang banyak membantu pulihkan penglihatan mata saya. Nasib penglihatan mata pulih, tidaklah rasa sia sia pergi buat lasik.
Hari ke-31
- Penglihatan jelas, tiada komen. Nampak dengan jelas.
- DIQUAS dan Systane Ultra Lubricant sangat membantu mata saya pulih semula. Nasiblah dengan bantuan benda ni mata kembali normal, penglihatan pulih, boleh nampak dengan jelas tanpa ada jerebu jerebu, claudy.
- Syukur mata pulih selepas sebulan.
- Masih makan Omega Fish Oil, masih guna DIQUAS, dan Systane Ultra Lubricant.
- Mata saya pulih selepas 1 bulan. Syukur sangat sangat.
Bulan ke-2 & ke-3
- Doktor masih suruh teruskan guna DIQUAS, Systane Ultra Lubricant, dan makan Omega Fish Oil
- Masuk bulan ke-3, DIQUAS dikurang dari 6 titis ke 4 titis sehari sahaja.
- Penglihatan mata masih normal, nampak dengan jelas, tiada claudy.
- Penglihatan mata kanan 20/20
- Penglihatan mata kiri 20/25, tulisan paling kecil tu tidak dapat baca.
Bulan ke-4
- Pengunaan DiQUAS saya kurangkan dari 4 titis ke 2 titis sehari.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini