Penulis blog mengelirukan ramai pekerja.
Saya
 terima link daripada seorang pekerja. Bila saya buka link tersebut, ini
 yang keluar. Setelah saya baca isi kandungan blog ini rupanya penulis 
blog ini telah menulis dengan tidak tepat dan mengelirukan ramai 
pekerja. Yang saya highligh adalah ayat yang salah ditulis oleh pemilik 
blog. Kepada pemilik blog sila baca dan fahami isi kandungan sebenar 
dari Pihak PERKESO sebelum menulis blog ok.
PSU3.0
 ini bukannya program yang bertujuan untuk membantu pekerja tempatan, 
sebaliknya yang sebetulnya adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada 
majikan, untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat 
Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat, agar dapat 
mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
  
  
  
  
Syarat utama majikan yang terima bantuan kewangan PSU 3.0 ini ialah TIDAK MEMBERHENTIKAN PEKERJA. Syarat-syarat yang lain sila lah baca penulisan sebenar dari Pihak PERKESO, dan bukannya baca dari blog.
Di
 sini saya postkan juga isi kandungan PSU3.0 yang tepat dari PERKESO. 
Sila baca 10 kali. Kalau tidak faham juga boleh bertanya kepada Pihak 
PERKESO.
Untuk
 pembaca di luar sana carilah sumber bacaan yang sahih dan tepat. Jangan
 mudah percaya penulisan dari blog. Kebanyakan blogger tidak tepat 
memberi informasi kepada pembaca, blogger hanya mahu pembaca klik blog 
nya agar dapat menambah hasil pendapatannya dari iklan-ikaln dalam 
blognya sahaja. Isi kandungan informasi asal diubah, dan ditulis semula 
untuk menarik perhatian pembaca sahaja. 
Link Sumber Sebenar dari Pihak PERKESO, & Kementerian Sumber Manusia.
Atau sila ke website PERKESO untuk maklumat lebih lanjut.  
 
 
 
No comments:
Post a Comment
Komen Disini