19 March 2020

Seorang Doktor Wanita, Suaminya dan Anak Yang Masih Bayi Disahkan Positif Virus Covid-19 Disebabkan Individu Yang Penipu Tentang Gejala Yang Dialaminya.

Kes positif Covid-19 di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari bagaikan cendawan tumbah selepas hujan. Doktor dan staff nurse bertungkus lumus bekerja keras demi menyelamatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19. Namun, masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama sepenuhnya. Ada individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut. 
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan melalui akaun facebooknya menyatakan rakannya yang merupakan seoarang pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu, tidak memberitahu sejarah perjalanannya yang sebenar. 

"Hari ini sahabat kami seorang doktor disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19. 
Gara-gara seorang pesakit yang menipu apabila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19," tulisnya di Facebook. 
Tolonglah rakyat Malaysia, jika anda perna ke tempat tertentu yang mempunyai kadar positif virus tinggi dan mengalami gelaja-gejala Virus Covid-19 sila jujur beritahu pada doktor yang merawat anda, mereka Doktor & staff nurse tidak akan marah pada anda, malah anda akan dirawat dengan sebaiknya. Bukan mahu menipu. Anda telah menyebarkan virus tersebut pada orang yang sepatutnya merawat anda. Jika orang yang sepatutnya merawat anda sakit, maka anda juga tidak dirawat sepenuhnya. Tolong kasian lah pada doktor-doktor & staff nurse. 



No comments:

Post a Comment

Komen Disini