Ini tangan staff nurse lelaki selepas bertugas 5 jam dalam isolation room.
Kena pakai Personal Protective Equipment (PPE) full body. Yang kau tengok penuh baju biru macam plastik tak nampak badan tu. Pakai sarung tangan berlapis lapis. Biasanya 4-5 lapis.
Dan paling gila, kena guna hand sanitizer tu beratus kali dalam tempoh bertugas 5 jam tadi.
Sekali jumpa pesakit, satu baju penuh tu kena pakai. Beralih ke luar sekejap, kena buka semua. Setiap satu bahagian pakaian yang dibuka, kena sanitize tangan.
Contoh, buka apron dan buang, sanitize. Buka baju luar dan buang, sanitize lagi. Buka sarung kasut dan buang, sanitize lagi. Dah buka semua PPE tadi, kena mandi pula.
Lepas tu kena jumpa lagi pesakit yang sama atau yang lain, kena pakai balik. Habis jumpa kena ulang prosedur sama. Buka, buang, sanitize tangan dan mandi.
Belum cerita hal pakai PPE tu panas ya ampun.
Kau bayangkan berapa rumitnya mereka ini kena bertugas. Bukan senang, dan mereka letak diri dalam bahaya.
Paling tak patutnya kau degil lagi keluar merata sana sini. Kes di negara kita sekarang ini trend dia lebih 100 kes baharu setiap hari. Kau cuba kira lagi 10 hari kalau berterusan macam ni dan kita tak dengar arahan KKM apa akan jadi?
Lebih 1,000 kes baharu atau lebih lagi. Bila kes semakin tinggi, lagi penat pasukan perubatan ni perlu dikerah bekerja. Mereka ini tak ada cuti dah berbulan. Bukan baru sehari dua.
Tolonglah duduk dekat rumah. Kalau kau bukan staf dan petugas industri yang dibenarkan untuk bekerja, duduklah dalam rumah.
Kalau pun kena keluar nak beli barang masak untuk makan, pergilah seorang diri. Tak payah nak bawa ramai-ramai. Cari alasan untuk kau tetap duduk dalam rumah.
Tolonglah.
Sumber : FB Firdaus Mokhtar
No comments:
Post a Comment
Komen Disini