20 March 2020

Cara Menuntut ERP Kepada Pekerja Yang diminta Bercuti Tanpa Gaji Kesan Daripada Covid-19


Pihak majikan yang memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja kesan daripada Covid-19 kini boleh memohon bantuan kewangan segara sebanyak RM600 sebulan daripada Pihak Perkeso.

ProgramPengekalan Pekerjaan / Employment Retention Program ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
  1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji / unpaid leave oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
  3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
  4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
  5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.
ERP ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

Tatacara Permohonan

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.


Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERPC-19 dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis Cuti Tanpa Gaji yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui email erpc19@perkeso.gov.my 

Sila muat turun borang permohonan di sini Borang ERCP-19 , kemudian lengkapkan semua butir-butir. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang ini ialah:

  1. Salinan Penyata Akaun Perusahaan beserta No Pendataran Majikan (ID Pengenalan Bank)
  2. Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja terlibat.
  3. Borang ERPC-19 yang telah dilengkapkan yang beserta format Excel sebagai lampiran (jika ada) dihantar melalui email erpc19@perkeso.gov.my
  4. Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.




No comments:

Post a Comment

Komen Disini