1.
Kes kematian pertama di Malaysia merupakan seorang pesakit kes ke-178, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadari perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau mengalami gejala demam mulai 05/03/2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17/03/2020 di Hospital Permai , Johor Bahru.
2.
Kes kematian ke-2 merupakan seorang pesakit kes ke-358, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 07/03/2020. Disahkan meninggal dunia pada 17/03/2020 di Hospital Umum Sarawak.
3.
Kes kematian ke-3 merupakan seorang pesakit kes ke-152, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukan ke Hospital Tawau pada 09/03/2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal pada 20/03/2020 di Hospital Tawau.
4.
Kes kematian ke-4 merupakan seorang pesakit kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12/03/2020 dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal dunia pada 21/03/2020 di Hospital Melaka.
5.
Kes kematian ke-5 merupakan seorang pesakit kes ke-1031, seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16/03/2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Disahkan meninggal dunia pada 18/03/2020 di Borneo Medical Centre.
6.
Kes kematian ke-6 merupakan seorang pesakit kes ke-1032, seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan di Hospital Umum Sarawak pada 18/03/2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 07/03/2020. Disahkan meninggal dunia pada 21/03/2020 di Hospital Umum Sarawak.
7.
Kes kematian ke-7 merupakan seorang pesakit kes ke-290, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh. Disahkan meninggal dunia pada 21/03/2020 di Hospital Kuala Lumpur.
8.
Kes kematian ke-8 merupakan seorang pesakit kes ke-781, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16/03/2020 setelah mengalami gejalah demam sejak 12/03/2020. Disahkan meninggal dunia pada 21/03/2020 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru.
9.
Kes kematian ke-9 merupakan seorang pesakit kes ke-890, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Negara Turki. Disahkan meninggal dunia pada 22/03/2020 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
10.
Kes kematian ke-10 merupakan seorang pesakit kes ke-259, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14/03/2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Disahkan meninggal dunia pada 22/03/2020 di Hospital Pulau Pinang.
11.
Kes kematian ke-11 merupakan seorang pesakit kes ke-1070, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. Disahkan meninggal dunia pada 22/03/2020, jam09.05 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
12.
Kes kematian ke-12 merupakan seorang pesakit kes ke-1114, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hopital Kluang. Disahkan meninggal dunia pada 23/03/2020 di Hospital Kluang.
13.
Kes kematian ke-13 merupakan seorang pesakit kes ke-1006, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 49 tahun. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak, merupakan anak kepada kes ke-1031. Disahkan meninggal dunia pda 23/03/2020 di Hospital Umum Sarawak.
14.
Kes kematian ke-14 merupakan seorang pesakit kes ke-595, seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 51 tahun. Beliau merupakan kotak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Disahkan meninggal dunia pada 23/03/2020 di Hospital Miri.
15.
Kes kematian ke-15 merupakan seorang pesakit kes ke-1519, seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunya kontak dengan kes positif (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18/03/2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35am, 24/03/2020. Takziah kepada keluarga Beliau.
16.
Kes kematian ke-16 merupakan seorang pesakit kes ke-1334, seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari seblum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16/03/2020, dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18/03/2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21/03/2020. Namum, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24/03/2020 Jam7.40 malam. Punca jangkitan Covis-19 beliau masih dalam siasatan.
Kes kematian ke-16 merupakan seorang pesakit kes ke-1334, seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari seblum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16/03/2020, dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18/03/2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21/03/2020. Namum, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24/03/2020 Jam7.40 malam. Punca jangkitan Covis-19 beliau masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini