26 August 2017

Fungsi Buah Pinggang Rosak Teruk Akibat Mencuba Prodak di Pasaran.

Kesusahan membuat keputusan menyebabkan fungsi buah pinggang rosak selama-lamanya.

Seorang lelaki, masih muda.
Berumur 41 tahun

Tidak sihat dan asyik pening kepala sejak setahun yang lepas. Tekanan darah dah tahu tinggi, tapi ya lah kan. Ingat muda lagi, lantas buat tak tahu. Katanya sakit kepala "migraine".

Setelah beberapa bulan, beliau tak tahan sudah. Masuk hospital A. Bacaan creatinine adalah 500 umol/L (normal bawah 100). Pakar buah pinggang mengesyorkan buat biopsi buah pinggang; iaitu mengambil tisu. Kami nak tahu samada ada keradangan yang boleh dirawati dan fungsi buah pinggang yang boleh diselamatkan.

Beliau lari dari hospital; tak bersedia. Nak fikir dulu dan berbincang dengan isteri & keluarga beliau. Katanya beliau pergi mencuba produk ******** dan siap jual lagi!

Sebulan kemudian, beliau muncul di Hospital B pulak. Bacaan creatinine sudah 900 umol/L. Terpaksa memulakan Dialisis sebab dah sesak nafas dan muntah-muntah. Sekali lagi kami mohon nak ambil tisu, nak cuba menyelamatkan fungsi buah pinggang beliau. Lantas beliau memohon sehari; nak solat istiqarah.

Esoknya, bila kami tanya; beliau berkata tak mahu dulu; katanya ada keluarga yang tidak setuju untuk prosedur tersebut. Maaf lah ya kami tak faham kenapa perlu tanya orang lain. Yang sakit, yang nak pulih dia sendiri!

Oleh kerana beliau lambat mengambil keputusan; walaupun satu hari nanti beliau mahu buat prosedur tersebut, maaf lah ya sebab terlambat. Kalau Doktor nak buat ujian biopsi, ianya TIDAK BOLEH dilengahkan.

Ingat lah ya:

1. Penyakit Keradangan RPGN (Rapid Progressive Glomerulonephritis) atau Crescenteric GN TIDAK boleh tunggu-tunggu, fikir-fikir. Kalau tidak dirawat secepat mungkin, fungsi buah pinggang akan rosak dan tidak boleh baik. Nak membuat diagnosa, hanya SATU CARA sahaja, ambil tisu untuk biopsi. Doktor tak boleh agak-agak sahaja penyakit macam ini ya. Kami tak sepandai jurujual diluar sana.

2. Kalau anda sakit kepala selalu, jangan ingat kan hanya "migraine". Mungkin darah tinggi ya. Mohon periksa secepat mungkin. Darah tinggi untuk orang yang masih muda mungkin ada penyebab. Salah satu adalah penyakit keradangan buah pinggang seperti no 1.

3. Prosedur biopsi memang ada risiko tetapi tidak tinggi. Adakah anda sanggup rosak buah pinggang sebab tak mahu buat biopsi? Bunyi pun tak logik. Lihat gambar dua orang Pakar-Pakar saya dibawah, selepas buat prosedur biopsi yang mengambil masa kurang dari 30 minit. Pesakit berada di posisi "prone" atau meniarap. Tisu di ambil dari belakang, dengan menggunakan scan. Buat sahaja lah kalau kami sarankan. Kami tak akan buat prosedur yang tidak perlu!

4. Kalau anda lari dari Hospital A ke Hospital B, jangan ingat kami Pakar-Pakar buah pinggang tidak bercakap dengan satu sama lain ya. Kami satu Malaysia ada networking yang rapat; samada di kerajaan, universiti atau swasta. Tak payah lah nak cakap pusing-pusing & berdolak-dalih.

Penyakit buah pinggang perlu rawatan secepat mungkin. Masa yang terbuang bermaksud fungsi buah pinggang makin lenyap dan tidak dapat diselamatkan.

Pesakit ini telah terlambat, perlu Dialisis seumur hidup. Fungsi buah pinggang tidak dapat lagi diselamatkan.

Percaya lah kepada kami🙏. Kami hanya nak yang terbaik untuk anda semua.

Sumber dari:
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang

No comments:

Post a Comment

Komen Disini