Tak tahu apa nak buat jika payu dara bengkak susu ( breast engorgement )?? Boleh guna Kobis tak?
Menurut Doktor Muhammad Izzat ibu-ibu yang mengalami bengkar payu dara, bengkak susu boleh mengunakan kobis untuk kelegaan.
Para ibu kena tengok balik teknik penyusuan yang betul. Tanya misi atau doktor semula jika tidak tahu.
Ibu kena selalu perah susu, walaupun baby sudah kenyang. Perah dan simpan, selalu kena buat. Sebelum bengkak susu terjadi kena buat siap-siap, jangan lupa.
Rasa kurang selesa dan semua benda jadi serba tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit? Para ibu boleh cuba guna sayur kobis.
- Ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
- Letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.
- Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.
Apa nak buat kalau semakin sakit , atau payu dara semakin bengkak, merah menyala, atau ibu demam?? Jangan cemas ya, cepat-cepat berjumpa Doktor untuk diperiksa. Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman (mastitis) atau bernanah (abscess)
Doktor M. Izzat juga berpesan sayur kobis selepas letak di dada tu sila lah buang. Jangan guna semula untuk buat masak lemak kobis atau ulam pula 😏
Сrypton - Titanium Necklace Mens - TheTianiumArts
ReplyDeleteThis necklace was designed for a titanium wood stoves necklace or ford fusion hybrid titanium a pair of titanium white dominus platinum. titanium cartilage earrings The idea of this remmington titanium necklace was to be a piece of art.