5 April 2020

Tetamu Yang Hadir Majlis Perkahwinan Di Kampung Batandok Pada 14 Mac Sila Buat Saringan Covid-19

BEAUFORT: Pejabat Kesihatan Beaufort meminta orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di Kampung Batandok Poring pada 14 Mac lalu agar tampil melakukan saringan kesihatan di Hospital Beaufort dengan kadar segera.
Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan semua tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang berlangsung dari 11.30 pagi hingga 2 petang berkenaan
Bagaimanapun orang ramai yang ingin datang membuat saringan dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline Hospital Beaufort di talian 087 212333 sambungan 493 terlebih dahulu bagi menetapkan masa saringan.




No comments:

Post a Comment

Komen Disini