25 June 2019

Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser Adalah Tidak Benar

Mitos berkenaan durian belanda/sirsak/soursop/Graviola ini sebenarnya sudah agak lama berkisar di media sosial. Masyarakat perlu mengkaji sumber berita yang diterima sama ada benar atau tidak, jangan mengambil remeh tentang berita yang diterima. Tetapi kajilah terlebih dahulu sumber berita itu dan ketepatannya. Siapakah nama orang tersebut yang pernah sembuh 100% dari penyakit kenser?? Adakah ia hanya mitos atau sebaliknya? Jangan terlalu percaya cakap jurujual kerana jurujual hanya mahu mendapat keuntungan daripada hasil jualan prodak mereka. Jurujual akan terus cabut lari jika pesakit sedia mengalami komplikasi hasil daripada pengambilan prodak-prodak merepek.

Kita semua mahu memerangi kanser dan sedang aktif mencari penawarnya. Namun itu bukanlah cara bagi kita mendakwa yang bukan-bukan terhadap sesuatu perkara yang tidak terbukti malah boleh membawa kesan sampingan yang serius.
Sehingga kini kajian saintifik bagi menguji keberkesanan durian belanda dan ekstraknya hanya merupakan keputusan ujian makmal (in vitro) kecil yang dijalankan secara tabung uji dan juga ke atas tikus makmal. Tiada bukti saintifik keberkesanannya terhadap manusia sehingga kini. Dos eksperimental 200mg/kg yang digunakan itu adalah merupakan dos bagi tikus dan dos sebenar bagi manusia tidak diketahui dan sudah pastinya jauh lebih tinggi. Bagi membolehkan sesuatu ubat itu digunakan secara klinikal, ia perlu melepasi tapisan ujian-ujian yang membuktikan ia berkesan dan selamat penggunaannya buat manusia. Kajian haiwan dan tikus adalah jauh sama sekali boleh dijadikan penanda aras bahawa ia selamat dan berkesan terhadap manusia. Kita bukan haiwan dan tikus. Sistem anatomi dan fisiologi kita adalah berlainan.
Dakwaan bahawa pengambilan durian belanda dan ekstraknya menambah tenaga dan sebagainya adalah merupakan sesuatu penilaian testimonial yang subjektif. Meminum satu tin 100 plus juga mampu menambah tenaga pada tubuh sesetengah orang. Ia tidak boleh dijadikan hujah keberkesanannya melawan kanser.
Dakwaan kononnya durian belanda adalah 10,000 kali lebih efektif berbanding ubat kemoterapi seperti Adriamycin juga adalah satu dakwaan yang mengelirukan dan tidak disokong dengan bukti saintifik yang pasti. Dari mana datangnya numbur 10,000 kali lebih berkesan ini juga tidak diketahui kerana hasil carian di journal-journal medical tidak ditemui.
Hujah yang mengatakan durian belanda adalah lebih baik kerana ia adalah prodak semulajadi dan bukan seperti ubat moden yang dianggap racun kimia sintetik juga ternyata adalah tidak benar. Adriamycin yang dibandingkan dengan durian belanda ini misalnya adalah bersumber dari bacteria semulajadi yang hidup di dalam dahan kayu pokok Taxus brevifolia. Begitu juga ubat-ubat kanser yang lain yang kebanyakannya bersumber dari sumber-sumber semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan.
Apa yang pasti, durian belanda dan ektraknya juga mengandungi kandungan annonacin yang tinggi. Jika diambil pada kuantiti berlebihan (3-8mg/sehari), ia boleh menyebabkan gangguan safaf seperti penyakit Perkinson. Ia juga boleh menyebabkan kematian sel-sel badan dengan mengganggu proses penghasilan ATP yang merupakan sumber tenaga untuk sel-sel hidup.
Kesimpulannya:
Durian belanda dan ekstraknya sebagai ubat kanser kononnya10,000 kali lebih berkesan daripada kemoterapi adalah dakwaan tidak berasas sama sekali. Ia malah berpontensi menyebabkan kemudaratan seperti ganguan saraf yang boleh menyebabkan penyakit Perkinson dan juga kematian sel-sel badan.
Kepada para penjual prodak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik perlulah berhenti dari menyebarkan maklumat yang mengelirukan masyarakat dengan dakwaan-dakwaan palsu yang tidak terbukti.
Orang ramai yang mahu memakan buah durian belanda sekali-sekala sebagai sumber buah-buahan tiada masalah, yang jadi masalahnya apabila daunya dimakan sekali.
Sumber rujukan utama penulisan ini adalah dari penulisan seorang doctor yang bernama Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir. Dengarlah cakap doctor, bukan sudah tenat mahu mati baru cari doctor. Banyak doctor yang dikecam disebabkan memberi pengetahuan yang betul kepada masyarakat. Malah ada doctor-doktor yang sudah berhenti daripada memberi pengetahuan kepada masyarakat kerana tidak tahan dengan cacian, hinaan dan tekanan daripada pelbagai golongan masyarakat yang tidak ada ilmu pengetahuan tentang bidang kedoktoran. Terpulanglah sama ada anda mahu dengar atau tidak, tetapi janganlah hina doctor-doktor yang mahu menyampaikan ilmu berguna kepada yang memerlukan.

Sumber rujukan penulisan ini dari:
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Kecemasan & Trauma
Hospital Besar Malaka





Dr Amalina Bakri turut tampil membuat kenyataan menafikan dakwaan kebanyakan rakyat Malaysia yang mengatakan jus durian belanda mampu merawat kanser. Menurut Amalina, jika benar buah tersebut dapat merawat kanser, dia tidak perlu bersusah payah melakukan penyelidikan bersama rakan-rakan untuk mencari penawar penyakit itu.

"Obsesi terbaru masyarakat Malaysia, ramai yang berkata durian belanda boleh merawat kanser, tidak! durian belanda tidak dapat menyembuhkan kanser.

"Kepada 'founder' dan jurujual, takda salah kalau nak mencari rezeki, tapi janganlah sampai menjejaskan kesihatan orang lain.

"Kalau durian belanda boleh rawat kanser, tak payah lah saya buat penyelidikan kanser," katanya.

No comments:

Post a Comment

Komen Disini