Jika anda ingin mewariskan tanah milik anda kepada
anak-anak atau menjualnya kepada orang luar anda hanya perlu datang ke Jabatan
Tanah Dan Ukur di daerah anda. Berikut merupakan dokumen yang perlu anda bawa
semasa datang ke Jabatan Tanah dan Ukur:
- Garan tanah – salinan asal
- Kad Pengenalan pemilik tanah – salinan asal
- Kad pengenalan penama baru – salinan asal
- Kad Pengenalan pemilik tanah – 1 keping fotocopy
- Surat Beranak pemilik tanah – 1 keping fotocopy
- Kad Pengenalan penama baru – 1 keping fotocopy
- Surat Beranak penama baru – 1 keping fotocopy
Kedua-dua pihak perlu hadir bersama semasa datang ke
Jabatan Tanah Dan Ukur (Si pemilik asal & Si penama baru). Semua dokumen
diatas perlu dibawa. Pegawai akan periksa setiap dokumen, jika lengkap dan
tiada masalah barulah pegawai akan isi borang. Pegawai yang bertugas akan
meminta kad pengenalan kedua-dua pihak untuk mengisi borang. Pegawai itu
sendiri yang akan isi borang itu.
Proses pemindahan nama tanah NT kepada penama baru
adalah senang jika si penama baru itu juga seorang bumiputra. Jika bukan
bumiputra prosesnya amat rumit dan memakan masa yang lama, anda perlu memohon
surat lain terlebih dahulu.
Setelah pegawai tersebut siap mengisi borang,
kedua-dua pihak akan ditemuduga oleh pegawai lain lagi. Kali ini hanya 3 orang
akan berada di dalam satu bilik iaitu si pegawai, si pemilik asal, dan si
penama baru. Pegawai tersebut akan menanya beberapa soalan, contohnya jual
tanah kepada siapa? Berapa harga? Di sini kamu hanya perlu menjawab
soalan-soalan yang ditanya. Pemilik asal dan si penama baru akan diminta cop
jari pada borang itu. Setelah itu, kamu perlu ke kaunter bayaran untuk membuat
bayaran perpindahan milik. Anggaran semua ialah RM235.40. Sila ambil perhatian
lain negeri lain daerah lain jumlah bayaran. Ini hanya anggaran.
Berikut merupakan butir-butir yang perlu dibayar:
- Regn Fees – Amendment *(RM50.00)
- Amendment /Perpindahan milik *(RM100)
- Regn Fees – Transfer *(RM50.00)
- Attestation *(RM30.00)
- Penjualan Borang LSF/PT *(RM2.00)
- Quit Rent *(RM3.40)
Setelah membayar RM235.40, anda diminta datang ke
majlis daerah untuk membuat pembayaran lain lagi yang berjumlah RM3.40. Di
majlis daerah bayaran yang dikenakan sedikit sahaja iaitu RM3.40. Sila ambil
perhatian lain negeri lain daerah lain jumlah bayaran yang dikenakan. Kemudian
anda perlu datang semula ke Jabatan Tanah Dan Ukur bersama resit bayaran tadi.
Lalu pegawai di Jabatan Tanah Dan Ukur akan periksa resit-resit bayaran itu.
Jika sudah buat bayaran barulah permohonan tukar nama/pindah milik akan
diterima oleh pegawai tersebut dan akan diproses. Tempoh proses adalah dalam
masa 1 bulan. Borang yang telah diisi tadi diambil oleh pegawai untuk diproses,
manakala resit bayaran diambil dan disimpan oleh si penama baru. Maka
selesailah sudah urusan pindah milik tanah NT. Jangan lupa ambil numbur telipon
Jabatan Tanah Dan Ukur. Anda hanya perlu membuat panggilan telipon jika ingin
mengetahui sudah siap atau belum permindahan milik tanah tersebut.
Bagaimana pula jika si pemilik asal tanah adalah seorang
bumiputra tetapi si pembeli/penama baru bukan bumiputra?? Tanah yang berstatus “NT”
hanya untuk bumiputra sahaja. Ia tidak dapat dipindah milik kepada bukan
bumiputra. Pendek kata orang cina, india dan orang luar tidak layak membeli
tanah NT. Tanah NT hanya untuk bumiputra sahaja. Tapi bagaimana pula jika si
pembeli merupakan keturunan Sino-Dusun, Sino-Kadazan?? Jawapannya bergantung
kepada anda sendiri.
Di Sabah seseorang yang berketurunan Sino-Dusun
(Cina campur Dusun), Sino-Kadazan masih boleh mewarisi dan memiliki tanah NT,
tetapi perlu melalui banyak proses dan ia memakan masa yang lama. Perlu memohon
surat pengesahan status bumiputra terlebih dahulu.
Persoalan saya bagai mana pula proses pindah dari geran asal kepada 5 orang penama baru serentak. Bagai mana pegiraan keluasan setiap 5 orang penama baru tersebut
ReplyDeleteDatang ke Jabatan Tanah Dan Ukur bersama lima orang tersebut, kemudian isi borang tambah penama.
DeletePerlu lantik jurukur (kos) untuk sukat keluasan 5org terlebih dahulu rasanya sebelum pindah milik dlm geran tanah
Deletebagaimana pula sekiranya penama asal geran tanah tersebut sudah meninggal dunia?
ReplyDeleteKena datang ke Jabatan Tanah & Ukur untuk tanya.
DeleteTuan kalau jual tanah status nt ,macamana tu, yg membeli warga asing dri luar negara, boleh kah..macamana proses tu, dan perpindahan hak milik dibolehkan atau macamana
ReplyDeleteNT hanya boleh ditukarmilik sesama bumiputra. Warna asing yang bukan status bumiputra tidak boleh beli tanah NT
DeleteBolehkah jual tanah status NT kpd org Semenanjung.. Klu tidak bole bagaimana caranya
ReplyDeleteBoleh, asalkan orang itu bumiputera.
Deletebos, kmu pasti ka? sedangkan sy bumiputra sarawak pun tdk layak membeli tanah NT. suami sy yg sino pun byk prosedurnya naik turun mahkamah anak negeri untuk buktikan dia anak negeri....org melayu lagi lah org asing
DeleteTak boleh. Tanah NT Sabah berlainan sedikit. Hanya khas utk Bumiputera Sabah. Bumiputera luar dr Sabah tidak boleh. EVEN ada campuran bumiputera sabah+bangsa lain (melayu,cina,bugis,suluk) peluang utk memiliki tanah NT SABAH adalah sangat2 sukar dan boleh dikatakan mustahil. Tp klu anda tidak kisah membuang waktu, tenaga dan duit mau merasa struggling berurusan..yah dipersilakan mencuba nasib.
DeleteBos klau yg ibu sma bapa DIA kadazan +(bugis,suluk2,Cina) bleh sja bli Tanah NT,asalkn Ada status anak bumiputera dmohon ,bleh beli bukan mustahil ,mmng dpat beli Tanah NT ,berdasarkan pengalaman sya sendiri
DeleteUrusan tukar nama geran NT melibatkan pemilik yang telah meninggal dunia kepada anak pemilik. Urusan di Mahkamah Anak Negeri telah selesai dan Jadual 3 telah dikeluarkan. Tindakan selanjutnya di pejabat Tanah, saya mau tanya selain Jadual 3 apa dokumen lain yang diperlukan dan berapa kadar bayaran yang bakal dikenakan? sekian terima kasih.
ReplyDeleteNak tanya sekiranya tanah saya tu Nt...boleh saya ambil hasil atas tanah trsebut ...yg dahulu nya estate yg menanam nya
ReplyDeleteBos, mcm na pemilik asal geran sdh meninggal Dan hilang jejak (waris xtahu ada ka tidak).. Perjanjian jual beli sdh dbuat masa tanah status PT, skrg geran sdh kluar.. Nama masih pemilik asal..
ReplyDeleteTolong2 dulu..
Salam Tuan.. mau tanya.. kalau penama asal (bapa) mahu tambah nama anak dalam geran sebagai pemilik.. apa SOP nya??
ReplyDeleteAda orang cina pemilik tanah n.t d sabah aku heran mcm mana orang cina tu boleh dpt tanah n.t nk kata sino kedazan bukan juga isteri dia org korea baru tu kacau tanah n.t org
ReplyDeleteAssalamualaikum...saya ada tanah mahu jual NT 3ekar kawasan berbukit khas orang yg minat berkebun atau ternakan kambing ,lokasi kg.narambai ranau Sabah..lokasi mmg siok suana segar alam Dan fauna..HP..0168510416
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBolehkah seorang anak (bapa Filipino, ibu Dusun), tetapi anak tersebut telah membuat cabutan sijil lahir dgn mengikut bangsa ibu, boleh kah memiliki tanah NT?
ReplyDelete