Nak cantik dan kelihatan menawan?? Hanya mengunakan prodak kecantikan anda mampu kelihatan cantik di mata umum. Namun anda yang suka akan kecantikan perlulah berhati-hati semasa memilih prodak kencantikan yang ada di pasaran kini. Jangan kerana prodak kecantikan muka hancur. Sesetengah prodak kecantikan yang ada di Malaysia merupakan prodak penjenaam semula / rebrand. Apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan semula?? Penjenamaan semula ialah satu tindakan dimana pelaku menukar nama prodak yang telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada nama baru, dimana qualiti prodak tersebut masih sama dengan yang lama, cuma nama prodak sahaja ditukar untuk terus menipu dan mengaut keuntungan. Justeru para gadis-gadis, amoi-amoi, wanita-wanita di luar sana perlu lebih berhati-hati ketika memilih prodak kecantikan. Jangan cepat terpedaya dengan kesan serta-merta prodak tersebut semasa memakainya.
Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik perlu mengetahui bahawa prodak kecantikan iaitu krim muka ini senang diborong oleh si pelaku yang mahu mengaut keuntungan dengan cepat. Krim ini biasanya dipanggil sebagai krim kilo. Apakah itu krim kilo?? Mereka yang suka akan kecantikan perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan krim kilo ini. Krim Kilo merupakan krim-krim kecantikan yang dihasilkan oleh negara jiran yang tanpa piawai yang betul dan dijual secara kilo/timbang kepada pembeli-pembeli. Krim kilo ini biasanya dibeli oleh golongan yang ingin menjadi jutawan skincare dalam masa singkat. Krim tersebut dijual dalam plastik tanpa sebarang perlindungan khas. Ia mempunyai pelbagai jenis warna dan wangi, pembeli hanya perlu memilih jenis warna apa yang dikehendaki.
Kebiasaannya si penjual atau lebih dikenali sebagai si founder skincare akan mengatakan bahawa prodak mereka diformulasi oleh pakar. Jika benar diformulasi secara bertauliah di manakah kilangnya? Di mana makmalnya? Mereka memang tidak berani meletak alamat kilang sebab memang tidak wujud pun. Mereka ini amat cerdik dalam bab-bab membungkus/ packaging prodak kecantikan, hanya duduk dalam rumah kemudian mencedok krim dengan mengunakan alat apa-apa sahaja dan masukkan ke dalam bekas atau pun botol. Untuk Pengetahuan anda sekalian bekas-bekas krim kecantikan ini boleh dibeli secara borong di atas talian sahaja, cuma klik sahaja dah sampai pun depan rumah. Kemudian bekas atau botol krim kecantikan ini dilekat stiker, maka siaplah proses penghasilan krim muka bla bla bla mereka ini. Stiker ini pun boleh diborong dan diletakan isi kandungan yang entah betul atau tidak. Stiker ini hanya direka-reka asalkan cantik mata yang memandang. Satu kilo krim boleh dibeli dengan harga RM500 dan ada yang menawarkan harga yang lebih murah lagi. Krim-krim ini mempunya pelbagai jenis harga, warna, dan wangi. Foundation biasanya mahal sedikit, dipack semula dalam bekas-bekas yang comel, dan bolehlah dijual semula dengan harga sekitar RM30. Jika 300 unit dijual untungnya RM9000. Ini pun baru 1 jenis krim belum campur dengan krim-krim yang lain kan. Untungnya lumayan bukan?? Kalau jual satu set pula berapa agaknya keuntungan yang diperolehi?? Biasanya mereka akan menjual prodak kecantikan ini dalam satu set termasuklah pencuci muka, krim siang, dan krim malam. Cepat mereka jadi jutawan kan?? Adik-adik dan kakak-kakak sekarang kamu sudah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasakan di Malaysia??
Pasti anda semua pernah mendengar atau merasainya sendiri apabila anda berhenti atau terlupa memakai prodak muka tersebut pasti keadaan muka anda bertambah buruk, kusam, jerawat tumbuh bagaikan cendawan yang tumbah selepas hujan. Saya sendiri pernah rasa macam mana keadaan muka selepas berhenti memakai krim muka tersebut. Muka tumbuh pasir-pasir seperti jerawat tapi ia bukan jerawat, satu muka kasar ada pasir-pasir, dah tu muka jadi kusam. Dua bulan saya cuba menghilangkan semua pasir-pasir muka itu, nasib berjaya. Bayangkan jika sudah lama memakai prodak mereka itu, pasti tidak dapat pulihkan kulit muka kepada asal. Sudahlah duit melayang, kulit muka menjadi teruk. Apalah nasib badan asik tertipu saja oleh si penjual yang tamak mengaut untung tanpa memikiran anda. Sudah terbukti banyak kali prodak tersebut ada bahan merbahaya seperti kandungan merkuri yang tinggi dan sebagainya. Kenapa anda mahu terus pakai lagi?? Dipujuk oleh si penjual?? Penjual biasanya akan mengatakan bahawa anda perlu terus memakai prodak ini untuk kesan yang lebih bagus, jangan berhenti pakai dan bla bla bla. Mereka akan cakap apa-apa sahaja yang membuatkan anda seperti angau. Anda akan tertipu lagi sekali jika anda percaya apa yang dicakap oleh si penjual. Pasti anda sebagai pengguna prodak kecantikan itu pernah komplain kan kenapa muka jadi lebih teruk selepas berhenti pakai krim itu? Maka si penjual pun memainkan peranan sebagai seorang penjual yang berlesen mengatakan bahawa prodak yang kamu guna itu sebenarnya palsu, bukan original. Siap membanding-bandingkan botol, warna krim dan sebagainya. Padahal itu semua mainan si penjual. Jika anda bijak sila jangan terpedaya dengan semua itu. Anda perlu mengkaji sendiri prodak itu sebelum membelinya. Duit yang hilang boleh dicari tapi muka yang hancur dimana nak cari?
Founder skincare penjenamaan semula ini amat gemar mempromosikan prodak mereka sebagai 100% natural, tanpa bahan kimia lah, tanpa ini itu lah. Semuanya kandungan yang bagus-bagus saja. Tapi anda sebagai pengguna perlu bijak, kalau ada warna kuning, jingga terang amat itu apa?? Natural kah? Sebagai pengguna jangan mudah percaya kata-kata dari penjual. Selidik dahulu sebelum beli. Sabun atau pencuci yang dibuat daripada fragrance oil adalah tidak natural, sabun yang natural dibuat daripada essential oil. Sabun natural harganya RM80 ke atas, manakala sabun tidak natural berharga sekitar RM10 dan kebawah, tapi ada pula yang menjualnya RM60 semata-mata mahu mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Sabun natural memang lebih mahal berbanding sabun tidak natural, itulah harga kualiti dan keselamatan. Dah lah tidak natural, ditipu lagi dengan harga yang mahal, memang tidak berbaloi.
Selain itu, cara si founder skincare menguruskan prodak pun tidak terjamin dan selamat. Dibuat di kilang pun masih kita boleh ragui apatah lagi jika si founder ini hanya mencedok menggunakan sudu sahaja di rumah. Si founder ini pun mengatakan prodak dia amat selamat, tiada kesan sampingan bla bla bla. Padahal ia dicedok menggunakan sudu biasa saja dan dibuat di rumah entah kebersihan sekitar terjamin atau tidak. Tarikh luput pula hanya direka-reka. Prodak kecantikan yang memang berjenama selalunya mempunya tarikh luput antara setahun sehingga tiga tahun dari tarikh diproses di kilang. Tarikh dikilang dan tarikh luput akan ditulis pada bekas-bekas prodak kecantikan yang berjenama ini, manakala prodak penjenamaan semula ini hanya ditulis tarikh luput yang direka-reka sahaja. Bahaya kan menggunakan prodak kecantikan yang entah apa-apa saja ni. Sedarlah wahai pengguna. Jangan disebabkan mahu kelihatan cantik dalam masa singkat, kulit muka digadaikan. Kalau kulit yang sudah teruk belum tentu akan kembali seperti kulit asal. Masa tu baru mahu menyesal dah terlambat.
Maka anda perlu memikir sendiri, kulit muka milik anda jadi anda lah yang menentukan apa cara penjagaan. Jangan disebabkan ia prodak tempatan maka disana lah pengguna akan support prodak tempatan. Ada si founder yang bijak berceramah, katanya pengguna berkira, pengguna tidak mahu menyokong prodak tempatan yang tiada nombor KKM lah, tidak mahu support prodak tempatan lah bla bla bla. Macam dipaksa-paksa pula kan beli prodak mereka ni. Nah di sini lah kamu sebagai pengguna pula bersuara, balaslah balik kata-kata mereka tu dengan cara yang bernas. Jika kami guna prodak ini dan rosak kulit muka mahukah kamu bertanggungjawab? mahukah kamu membayar ganti rugi atas kerosakan kulit? Mahukah? ahh adik-adik kakak-kakak soal lah balik pada si penjual ni, mahukah mereka bertanggungjawab? Baju yang dah lusuh boleh diganti baru, kulit muka macam mana nak ganti? Adik-adik kakak-kakak sila lah berhati-hati dalam pembelian prodak yang tiada kelulusan KKM. Jika ada KKM pun periksalah terlebih dahulu, entah-entah nombor KKM itu hanya direka-reka atau dicopy saja. Jangan mudah pecaya jika ia ada KKM, ini kerana kebanyakan krim yang tiba-tiba terbukti ada kandungan mercury yang tinggi, suatu ketika dulu ada KKM juga. Belilah prodak kecantikan jenama yang memang dikenali dan sudah lama ada di pasaran. Berhati-hatilah pada prodak yang tiba-tiba hot di media sosial, prodak yang tiba-tiba muncul di pasaran. Untuk pengetahuan semua pengguna, testimoni boleh direka oleh si penjual. Maka jadilah pengguna yang bijak.
Krim kilo ini memang berleluasa di Malaysia sejak dahulu lagi. Apa cara mahu kenal? Senang saja, selalunya ada pencuci, krim siang, krim malam, kadang-kadang siap ada serum yang berwarna-warni. Mohon berhati-hati okay, prodak kecantikan jenama tidak ada krim siang malam. Krim jenama ada website mereka sendiri. Satu dunia kenal nama krim ini, dah bertahun-tahun lagi jenama tu tetap kukuh di pasaran. Nama prodak pelik-pelik siap ada kesalahan tatabahasa, itulah prodak penjenamaan semula /rebrand . Jika betul anda mahu sokong prodak tempatan beli lah yang memang selamat, yang ada dijual di farmasi, watson, dan guardian. Prodak-prodak seperti krim kilo ini tidak dapat dipasarkan di farmasi dan watson guardian, kerana farmasi ada piawaian tersendiri dan tidak mungkin memasarkan prodak sembarangan yang bahaya kepada pengguna.
Jadilah pengguna yang bijak. Banyak sudah kes salah pakai skincare. Beli lah yang dijual di farmasi, watson dan guardian yang pasti dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk memburuk-burukan dan menutup periuk nasi para founder skincare krim kilo ni, saya hanya ingin membantu kawan-kawan di luar sana agar tidak terpilih prodak penjagaan muka yang salah. Ingat selidik dahulu sebelum beli.
Tujuan saya menulis ini bukan untuk memburuk-buruk mana-mana pihak, penulisan ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri. Saya sendiri pernah jadi mangsa prodak krim kilo ini. Cukuplah sekali merasai jangan ada kali ke dua. Syukur kulit muka menjadi bagus semula selepas dua bulan cuba menghilangkan kesan sampingan pengunaan prodak itu. Setiap prodak meninggalkan kesan yang berlainan pada kulit. Saya sedia berkongsi petua dan cara yang saya gunakan untuk hilangkan kesan sampingan yang muncul selepas berhanti memakai prodak tersebut. Tapi jika kulit muka dah berlubang-lubang tu saya tidak tahu cara mahu betulkan. Silah berjumpa dengan pakar.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini