4 July 2015

Perkara Yang Wajib Ahli Simpanan KWSP Ambil Tahu

Kepada mereka yang berdaftar dan ahli simpanan KWSP wajib mengambil tahu pasal ini:


Orang ramai diwajibkan untuk membuat penamaan KWSP. Penamaan merupakan proses menamakan seseorang individu sebagai waris untuk menerima / mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meningal dunia. 

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Secara rasionalnya, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan KWSP anda. 

Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sama ada anak atau pun pasangan anda. Meletakan lebih daripada seorang waris/ penama juga dibenarkan dan anda sendiri yang menentukan berapa peratus % setiap penama itu berhak mendapat wang simpanan KWSP anda itu apabila berlakunya kematian. 

Apa yang wajib anda tahu ialah jika anda tidak meletak seorang pun penama dan jika berlakunya kematian secara mengejut waris ataupun ahli keluarga anda tidak dapat menuntut simpanan KWSP anda itu. Ahli keluarga pasti akan merebut-rebut menuntut wang simpanan KWSP dan apabila ia berlaku maka pihak KWSP serta merta akan membekukan simpanan KWSP anda. Justeru ahli keluarga/ waris tidak dapat menuntut wang simpanan KWSP anda itu. Secara tersiratnya simpanan KWSP anda akan diambil oleh orang dalam, simpanan anda menjadi milik kerajaan. Berpenat lelah anda berkerja dan menabung akhirnya jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya. Oleh itu semua ahli simpanan KWSP wajib meletakan penama

Bagi ahli simpanan KWSP yang beragama ISLAM, orang yang dinamakan HANYA bertindak sebagai PENTADBIR yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak. 

Manakala ahli simpanan KWSP yang bukan beragama Islam, penama adalah merupakan penerima mutlak terhadap simpanan ahli yang meninggal dunia. Jika berlakunya kematian ahli dan penama juga telah meninggal, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama. Ini adalah kerana penama adalah pemilik mutlak simpanan ahli yang telah meninggal dunia. 

Bagaimana Membuat Penamaan? 

Anda dikehendaki mengemukan dokumen-dokumen seperti berikut dengan lengkap dan teratur: 

1. Borang Penamaan (KWSP 4)
2. Salinan kad pengenalan diri

Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dihantar sendiri oleh ahli di mana-mana pejabat KWSP. 

Pada masa kini pengeluaran simpanan KWSP amatlah rumit, ia perlu melalui banyak proses yang memenatkan dan mengambil masa yang panjang. Tambahan pula keadaan ekonomi Malaysia juga kini tidak stabil ekoran pentadbiran Malaysia yang lemah. Oleh itu sebelum wang anda hilang begitu saja berusahalah keluarkan wang anda itu. Banyak kejadian-kejadian yang tidak dapat diduga pada masa kini dan hadapan.


Bayangkan jika wang simpanan KWSP sudah kosong, habis ditelan oleh pihak-pihak yang tamak, dan segala apa yang anda tunggu-tunggu hanya sia-sia sahaja. Oleh itu sebelum hujan sediakan payung, jangan pula bubur sudah menjadi nasi baru nak menyesal. Selamat Menabung. 

No comments:

Post a Comment

Komen Disini