KOTA KINABALU: Seorang penumpang penerbangan AirAsia kehilangan hantaran kahwin bernilai RM1,600 di kargo AirAsia. Semasa kejadian mangsa dalam penerbangan balik kampung dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu, dan apabila tiba di rumah mangsa mendapati bag telah diselongkar dan isinya telah bertaburan dan 2 biji jam tangan g-shock berharga 1K lebih telah hilang.
Pihak pengurusan airasia pada mulanya enggan bertanggungjawab atas sebab mangsa telah sampai ke rumah. Setelah hampir 30 minit berurusan barulah pihak Lost & Found Department setujuh menerima report mangsa. Itu pun sebagai rujukan sahaja bukan untuk tindakan susulan. Lalu mangsa membuat laporan polis, dan meminta untuk melihat rakaman CCTV, tetapi pihak AirAisa Kota Kinabalu dan Johor bahru tidak membenarkan mangsa melihat rakaman CCTV atas faktor keselamatan antarabangsa.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak meletak barang berharga dalam bag yang hendak diletak dalam kargo. Barang berharga hendaklah dibawa bersama dalam bag jenis Hand Carry.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini