20 June 2015

Upacara 'Sogit' Tenteramkan Penjaga Gunung Kinabalu


Ranau: Upacara ini dilakukan pada 20/06/2015 yang bertempat di Taman Kinabalu, Kundasang dan di Mamut Ranau. Ia dilakukan kira-kira pukul 8 pagi. Dalam upacara ini kerbau akan dikorbankan sebagai satu ritual untuk menenangkan roh-roh Gunung Kinabalu.

Upacara ini dilakukan di kawasan terbuka berhampiran pintu gerbang Timpohon di kaki gunung. Kerbau akan disembelih ketika upacara ini dilakukan oleh Bobolian (bomoh Kadazandusun). Selepas penyembelihan kerbau, Bobolian akan menyerahkan bahagian organ haiwan kepada dua malim gunung yang berpengalaman dan malim gunung akan membawanya ke lokasi di atas gunung.

Kerbau yang disembelih kemudian akan dibersihkan dan dagingnya akan dimasak kemudian dikongsi bersama-sama pengunjung yang menghadiri upacara itu. Manakala tujuh ekor kerbau pula dikorbankan di Mamut yang dilakukan oleh penduduk di sekitar kawasan itu.

Secara ringkas upacara ini adalah bertujuan untuk memulihkan kesan kemudaratan yang tersirat di gunung kinabalu dan mengembalikan keadaan yang 'panas' menjadi 'sejuk' semula. Masyarakat kadazandusun percaya dengan berbuat demikian akan mengelakkan sebarang kejadian yang lebih dasyat berlaku. Ia adalah amalan turun-temurun dari nenek moyang kaum kadazandusun, dan amalan ini masih diamalkan oleh golongan tua-tua sehingga ke hari ini.

Menurut Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, gunung kinabalu yang mulanya diangggap suci oleh masyarakat pribumi Sabah telah dirosakkan oleh 10 warga asing yang bergambar secara berbogel di atas gunung pada 30 Mei 2015. Tidak lama kemudian gempa bumi yang berskala 5.9 magnitud menggegarkan Gunung Kinabalu dan kawasan yang berdekatan. Seramai kira-kira 18 orang terbunuh, termasuk empat malim gunung yang di anggap hero oleh penduduk setempat.










No comments:

Post a Comment

Komen Disini