KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan menasihatkan rakyat Malaysia mengubah cara hidup dengan mengurangkan aktiviti makan makan di luar sekiranya merasakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.
Timbalan Menteri Kewangan itu mencadangkan rakyat Malaysia supaya lebih banyak memasak di rumah kerana barangan makanan di luar ada GST.
Katanya, kerajaan memberi pilihan sama ada mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membayar GST atau mengubah cara hidup dengan mengurangkan makan di luar.
“Ia terpulang kepada setiap individu sama ada ingin mengeluarkan perbelanjaan yang lebih daripada sebelum ini bagi membayar cukai tersebut atau mengubah cara hidup dengan mengurangkan pengambilan makanan di luar.
“Kalau rasa GST bebankan mereka, kita beri pilihan, GST Malaysia beza dengan GST tempat lain, kita beri kadar sifat kepada bahan mentah utama di tempat kita, beza dengan negara lain, jadi mereka boleh buat pilihan,” katanya ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.
Mengulas masakan unik yang sering dimuat naik di Twitter, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata, beliau sengaja kerana mahu rakyat Malaysia memberi perhatian terhadap apa yang mahu disampaikan.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, jika beliau menulis isu politik, Twitternya itu kurang mendapat perhatian ramai berbanding gambar-gambar masakan unik seperti nasi goreng bebas GST.
Sebagai contoh, katanya, nasi goreng tanpa GST telah menerima 3,335 retweet.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini