16 August 2020

BAHAYA Ubat Gemuk

Cuba lakukan carian “ubat gemuk” di Facebook, anda akan temui banyak promosi produk pil berwarna oren dan kuning ini.


Hati hati, produk ini bukan vitamin, ia mengandungi dexamethasone iaitu sejenis steroid. Jika anda makan steroid memanglah berat badan akan meningkat, muka juga akan menjadi bulat seperti bulan.


Tetapi pengambilan steroid tanpa kawalan menyebabkan lebih banyak komplikasi menakutkan. Muka yang bersih akan mula naik jerawat. Bulu badan juga akan naik lebih banyak. Selain itu metabolisma tubuh akan terganggu. Tekanan darah akan meningkat dan bacaan gula dalam darah juga meningkat.

.
Jika anda masih menggunakan dan menjual produk ini, mohon berhenti segera

Sumber: Public Health Malaysia

No comments:

Post a Comment

Komen Disini