12 March 2020

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2020


Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my 


Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di
peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu
bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu
bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.


(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
       1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
           Aktuari Sains Perikanan
           Juru Ukur Pertanian
           Kejuruteraan Sains Tulen
           Kesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture)
           Maritim Teknologi Maklumat
           Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
           Perakaunan

     2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
          Aktuari Sains Pengurusan Hartanah
          Ekonomi Perakaunan
          Farmasi Pergigian
          Kejuruteraan Perhutanan
          Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perikanan
          Keusahawanan Pertanian
          Juru Ukur Perubatan
          Perindustrian Perubatan Veterinar
          Pelancongan dan Hospitaliti Sains Alam Sekitar
          Pendidikan - Matematik Sains Komputer
                             - pengajian Islam Seni Bina (Architecture)
                             - Bahasa Inggeris Seni Kreatif
                             - Bahasa Cina Ukur Bahan
          Pengajian Islam Undang-Undang
          Pengurusan Ladang

3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

Bidang pengajian yang dianggap ‘Kritikal’ dan ‘Selektif’ bagi memenuhi keperluan
tenaga manusia di Sabah.

B) KELAYAKAN PEMOHON

    1. Had Umur
        1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
        1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
        1.3 Bagi kursus (A) 3 pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

   2. Kelayakan Akademik
       2.1 Kursus Diploma
             2.1.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya
                      7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan
                      mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
                      Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk
                      universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
                      Penghantar.
     2.2 Kursus Sarjana Muda
           2.2.1 Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan
                    memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini
                    haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau
                    kelayakan yang setaraf.
          2.2.2 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya
                   Jayyid.
          2.2.3 Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
          2.2.4 Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya
                   PNGK/CGPA 3.5.
          2.2.5 Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya
                    PNGK/CGPA 3.5.

    2.3 Kursus Sarjana
          2.3.1 Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA
                   3.5.
         2.3.2 Bidang kursus pengajian yang dianggap ‘kritikal’ dan ‘selektif’ bagi
                  memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

   2.4 Perubatan, Pergigian dan Farmasi
          2.4.1 Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi
                   sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/
                   Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi
                   (IPT) dalam negeri sahaja

    2.5  Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
           perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan
           semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana
           Muda.

(C) CARA MEMOHON

      1. Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang
          www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 12 Mac 2020. Pemohon perlu mendaftar e-mel
          peribadi yang aktif.

(D) PERHATIAN
      1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang
          ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
      2. Keputusan permohonan disemak melalui ‘online’.
      3. Kursus Matrikulasi/ Asasi/ Foundation tidak ditaja.
      4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 April 2020Permohonan selepas tarikh
          tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Komen Disini