11 March 2020

Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Kejururawatan Sesi September 2020/2021

Permohonan kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan sesi September 2020/2021 telah dibuka. Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan Universiti Malaysia Sabah (Falkuti Perubatan & Sains Kesihatan) seperti yang disenaraikan bagi Sesi Akademik 2020/2021.

Program yang ditawarkan : Diploma Kejururawatan
Pusat Pengajian : Falkuti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah
Ambilan / Sesi Kemasukan : Ambilan September Sesi 2020/2021


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur sekurang-kurangnya 17 tahun pada tarikh permohonan dan memenuhi syarat seperti berikut:

Syarat Am
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian atau yang setaraf dengannya.

Syarat Khas Program
Wajib mendapat kepujian (kredit) dalam matapalajaran berikut:
  • Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia peringkat SPM / Setaraf;
  • Matematik (Matematik Tambahan atau Moden atau Elementari); dan
Kepujian dalam SATU matapelajaran berikut:
  • Sains AM
  • Biology
  • Kimia dan lulus biology
  • Fizik dan lulus biology; dan
Mendapat sekurang-kurangnya 2 lagi kredit bagi subjek yang lain; dan

Lulus Bahasa Inggeris (keutamaan kepada calon yang mendapat kredit Bahasa Inggeris)

Syarat Tambahan
  • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas sebagai Jururawat selepas tamat latihan ; DAN
  • Cemerlang dalam ujian tapisan serta temuduga yang telah ditetapkan oleh Universiti.


CARA MEMOHON

Permohonan secara dalam talian adalah melalui laman web berikut http://fpsk.ums.edu.my/sppn/ . 

Tarikh permohonan dibuka adalah pada : 11 March 2020 (Rabu) 10 pagi - 6 April 2020 (Khamis) 10 pagi.


MAKLUMAT PENTING
  1. Sebarang pertanyaan sila hantar sms melalui aplikasi Whatsapp kepada pihak fakulti di talian 016-7952961 (Waktu Pejabat Sahaja)
  2. Calon yang layak menghadiri temuduga akan disenarai pendek dan boleh memeriksa status permohonan pada 17 April 2020 (Jam 2.00 Petang). PIHAK UNIVERSITI BERHAK SEBARANG PERUBAHAN ATAU PINDAAN TANPA NOTIS.



No comments:

Post a Comment

Komen Disini