UMNO RANAU: Biarpun terpaksa hidup susah disebabkan harga barang naik dan GST penduduk ranau tetap menyokong Najib. Sebilangan penduduk daerah Ranau yang memakai baju merah mempamerkan banner yang bertulis "HIDUP MALAYSIA TATAP NAJIB". Walaupun matawang Malaysia jatuh dengan mendedak bahkan disusahkan kerana terpaksa membayar GST, masyarakat Ranau tetap (TATAP) menerima semuanya dengan hati yang gembira.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa mereka ditawarkan elaun RM50-RM100 dan makanan untuk menghadiri perhimpunan baju merah. Kos penggangkutan juga dibayar dan ditanggung oleh UMNO Ranau untuk mereka yang sudi mengikuti perhimpunan baju merah ini.
Tindakan sesetengah penduduk ini memalukan bangsa sendiri. Demi duit yang ditawarkan mereka sanggup mengorbankan maruah bangsa sendiri. Tindakan mereka ini seolah-olah menyokong penuh kenaikan harga barang dan GST yang membebankan. Mereka sanggup menangung beban demi Najib.
Duit bukan segala-galanya, jangan diperbodoh-bodohkan hanya demi RM100. RM100 boleh hilang dalam sekelip mata bahkan dalam seminit. Sanggupkah kamu menangung beban harga barang naik dan terpaksa membayar GST?? Bagaimana pula dengan masa depan anak cucu cicit kamu?? Mereka akan hidup susah lagi disebabkan oleh tindakan kamu sekarang ini. Sedarlah masyarakat Sabah. Buka mata, dan bangun jangan tidur lagi.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini