26 September 2015

Tertipu Semasa Membeli-belah Dalam Talian – Apa Nak Buat??

#DGWWWOW
Di sini saya mahu berkongsi cara untuk mendapatkan semula duit anda apabila anda ditipu melalui pembelian dalam talian atau media sosial. Senang sahaja dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat semula duit anda.


Apabila anda sudah masuk perangkap dan baru perasan anda ditipu, pertama sekali dan sanggat penting, mesti ingat JANGAN UPDATE STATUS FACEBOOK.  Tidak guna update status facebook sebab tidak akan dapat balik duit anda semula, percayalah.

kedua yang harus anda buat ialah anda pergilah buat laporan polis (police report). Dalam report tidak payah cakap banyak, tidak payah cakap benda yang dibeli tapi tidak sampai-sampai lah, kena tipu lah…bla bla bla…  Kalau anda buat report kena tipu barang tidak sampai, penjual boleh kata barang dah kirim dan dah sampai.  Cerita ini tidak tidak akan habis punya. Pembeli cakap tidak dapat barang yang dibeli, penjual cakap sudah kirim. Memang bukan tanggungjawab polis atau bank mahu selesaikan masalah ini. Mereka tiada kerja lain kah?? Takan nak selesaikan kes macam ni pula.

Ketiga semasa buat laporan polis tu tuliskan saja begini “saya telah memasuki duit ke akaun yang salah”. Report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank. Report ini mesti dibuat, sebab kalau tiada report dari polis bank tidak akan layan punya. Bila dah buat report macam ni, teruskan ke bank dan tunjukan report polis berkenaan kepada pegawai bank yang bertugas. Biasanya bank akan mengarahkan pihak berkenaan untuk memulangkan wang kepada anda semula.

Pasti ramai yang tertanya-tanya eh boleh kah macam ni? Jawapannya pasti boleh. Kalau orang salah bank in RM2600 dekat akaun kamu, kamu ingat tidak payah pulangkan semula kah??  Mesti pulangkan, kalau tidak pulangkan tunggulah surat makamah atau tindakan lanjut dari pihak bank.  Dengan berbuat demikian saya pasti anda akan dapat semula wang anda.

Keempat  teruskan membeli-belah dalam talian. Sudah kena tipu sekali jangan sampai kena tipu kali kedua. Dan jangan lupa share info ini agar orang lain tahu apa mahu buat jika tertipu semasa membeli-belah dalam talian. Harap dapat membantu anda semua.  Selamat membeli-belah.


No comments:

Post a Comment

Komen Disini