25 August 2015

Stacy Masuk Islam - Stacy sudah memeluk agama Islam berikutan tersebarnya sekeping gambar menunjukkan dia memakai hijab sambil melafaz dua kalimah syahadah.

Kuala Lumpur: Penyanyi, Stacy, 25, sudah memeluk agama Islam berikutan tersebarnya sekeping gambar menunjukkan dia memakai hijab sambil melafaz dua kalimah syahadah.

Menerusi gambar terbabit, penyanyi lagu Not For Sale itu dikatakan menggunakan nama Islam Ummu Syaikah Stacy Abdullah.

Difahamkan juga, Stacy memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pagi tadi sambil ditemani kedua ibu bapa Akim dan ibunya yang datang dari Kota Kinabalu, Sabah.

Usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan Stacy gagal apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan.

Wakil pehubungi mengesahkan Stacy ada meminta pihak mereka mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab persoalan itu di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil jam 2 petang esok.

"Saya tak boleh mengiyakan atau menidakkan, biarlah empunya badan menjawab sendiri perkara terbabit," katanya.

Sementara itu sumber terdekat Stacy tidak menafikan perkara itu namun enggan mengulas lanjut sehingga sesi sidang media esok.

No comments:

Post a Comment

Komen Disini