Kejadian dikatakan berlaku di Singapura dan visual yang dirakam oleh pemuda berkenaan menjadi viral di internet sejak Isnin.
Pemuda tersebut Mohd Juani Ali menggunakan nama di akaun Facebooknya sebagai Apoh Tecky Numero.
Berdasarkan rakaman video Mohd Juani yang berdurasi 1.17 minit itu, warga emas yang usianya dipercayai sudah hampir separuh abad itu telah ditampar oleh anaknya beberapa kali.
Warga emas itu juga dikatakan telah menjadi hamba kepada anaknya apabila disuruh membersihkan rumah termasuk menyapu sampah.
Menurut keterangan daripada Mohd Juani menerusi sebuah lagi rakaman video, warga emas itu telah dianiaya apabila kepalanya telah dibotakkan selain terdapat kesan lebam pada muka dipercayai akibat dipukul.
Penyebaran video itu telah menyebabkan anak mangsa ditahan oleh pihak Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial Singapura untuk siasatan.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini