Malaysia: Kini telur palsu sudah tiba di Malaysia, Orang ramai dinasihati teliti ketika membeli telur di pasar raya atau mana-mana supermarket. Jangan pula nanti berbuka puasa makan telur palsu.
Berikut merupakan ciri-ciri antara telur palsu dan telur asli/tulin:
Perbezaan pertama ialah telur palsu tidak mempunyai ruang udara, manakala telur tulin/asli mempunyai ruang udara. Sifat semulajadi telur asli mempunyai ruang udara.
Perbezaan kedua ialah telur palsu hujungnya bulat penuh, manakala telur asli/tulin ada lekukan bekas ruang udara. Jika rupa telur adalah sempurna dan tidak mempunyai sedikit pun lekuk maka itu adalah telur palsu.
Perbezaan ketiga ialah telur palsu mempunyai selaput yang agak aneh pemisah ataran putih dan kuning, manakala telur asli tidak mempunyai sebarang selaput.
Setelah membeli telur orang ramai dinasihati untuk merebus sebiji telur dahulu untuk mengetahui keaslian telur yang dibeli.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini