8 June 2015

Punca Terjadinya Gempa Bumi Di Kundasang Sabah

Sesetengah rakyat Sabah mengatakan gempa bumi yang terjadi di Sabah baru-baru ini disebabkan oleh perbuatan tidak senonoh oleh pelancong yang bergambar secara bogel semasa mendaki Gunung Kinabalu. Rakyat Sabah marah ke atas perbuatan pelancong yang bergambar secara berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini. Pelancong ini ditegur tidak boleh berbogel tetapi mereka tidak menghiraukan teguran itu. Gambar bogel ini mereka memuat naik di facebook. Banyak rakyat marah keatas perbuatan tidak menghormati adat resam nenek moyang mereka ini. Selang beberapa hari selepas gambar bogel tersebut dimuat naik dalam media sosial gempa bumi pun berlaku di Kundasang Sabah. Gempa bumi berskala 6.0 ini tidak perna berlaku di Sabah. Ini pertama kali berlaku gempa bumi yang paling dasyat setakat ini di Sabah.





Semua pelancong dalam dan luar negara dinasihati agar menghormati adat resam dan kepercayaan kaum kadazan-dusun semasa mendaki Gunung Kinabalu.    

No comments:

Post a Comment

Komen Disini