Dalam era
moden ini, bermacam-macam krisis boleh berlaku didalam rumah
tangga, antaranya lelaki meninggalkan
perempuan dan sebaliknya perempuan meninggalkan lelaki. Walaupun kebanyakan
keadaannya adalah rumit, namum ada satu kebenaran yang lelaki perlu tahu dengan
mendalam. Iaitu - Wanita meninggalkan lelaki yang mereka suka. Mengapahkan?
Mereka
berasa dahsyat mengenainya. Tetapi mereka tetap melakukannya. Mereka mengumpul
keberanian mereka dan sumber-sumber mereka dan mereka meninggalkan lelaki yang
mereka suka. Wanita meninggalkan lelaki walaupun mereka mempunyai anak-anak, rumah dan
kemewahan. Wanita meninggalkan lelaki kerana banyak sebab, tetapi ada satu
sebab khususnya yang menghantui saya, salah satu yang saya mahu lelaki untuk
memahami dengan mendalam iaitu tentang kewujudan anda.
Wanita
meninggalkan lelaki kerana mereka tidak merasai kewujudan dan kehadiran lelaki disisi mereka.
Mereka tidak dapat merasai yang mereka mempunyai seorang suami. Lelaki hanya tahu bekerja, bermain golf,
menonton TV, memancing dan sebagainya. Mereka ini bukan orang jahat. Mereka
orang-orang yang baik. Mereka bapa yang baik. Mereka menyara keluarga mereka.
Mereka bagus dan disukai orang ramai. Tetapi mereka mengambil isteri mereka
untuk dijadikan perhiasan sahaja. Mereka tidak hadir, tidak wujud lansung.
Kepada lelaki-lelaki
di luar sana - Saya tidak mengatakan ini adalah betul atau salah, saya hanya
ingin memberitahu anda apa yang saya lihat. Isteri anda bukan harta milik anda.
Dia tidak berhutang pada anda jiwanya. Dia merupakan seorang insan
seperti anda juga yang memerlukan kasih sayang, belaian dan perkongsian hidup. Dia
perlu merasainya kesemuanya. Dia mahu bercakap dengan anda tentang apa yang
penting untuk dia dan memerlukan anda mendengar luahan hatinya. Tetapi
sebaliknya lelaki tidak mahu mendengar bila wanita meluah hatinya. Lelaki hanya
diam dan tidak memberi sebarang repond. Sudah pastilah wanita sebegini tidak
dapat merasai kehadiran suami mereka dalam kehidupan seharian. wanita mahu
anda merasai kewujudannya. Wanita bukanlah tempat untuk melepaskan nafsu seks
sahaja. Mereka bukan orang gaji anda yang perlu melakukan semua kerja di rumah.
Mereka memerlukan seorang lelaki yang mampu menemani mereka, menjalani
kehidupan susah senang bersama.
Wanita
cendorong merasa kesunyian terutamanya apabila mereka menghadapi masalah.
Mereka memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan yang terpedam didalam hati. Malangnya sang lelaki
sibuk, tiada masa mendengar, tidak mahu mendengar semuanya itu. Akibatnya
wanita ini tidak dapat merasa kewujudan seorang lelaki dalam hidupnya. Inilah
punca utama perempuan meningalkan lelaki yang mereka suka. Apabila wanita tidak
dapat merasa kewujudan lelaki tersebut, maka hari demi hari wujudlah
bermacam-macam masalah kecil diikuti masalah besar yang akhirnya mendorang
wanita meninggalkan lelaki yang disukainya.
Kesibukan
kerja bukanlah alasan untuk lelaki tidak mahu peduli isteri mereka. Wahai
lelaki-lelaki di luar sana ambil beratlah pada wanita anda sebelum nasi menjadi
bubur. Anda tidak perlu merancang makan malam yang mewah untuk mengambil hati
wanita anda ataupun membeli hadiah yang mahal-mahal. Apa yang anda perlu
lakukan ialah luangkanlah masa sekurang-kurangnya lima minit setiap hari bersama
wanita anda, pandanglah mata mereka dengan mendalam, belailah mereka dengan
kasih saying, dengarlah luahan yang ingin mereka kongsikan dan berilah
kata-kata repond yang mendorong semangatnya.
Akhir sekali sayangilah wanita anda seperti mana anda sayang diri anda
sendiri.
No comments:
Post a Comment
Komen Disini