Gout adalah gangguan yang boleh berlaku di seluruh badan. Ia berpunca daripada deposit kristal urate natrium (sodium urate crystals), yang berkumpul di dalam sendi kerana tahap darah tinggi asid urik (hyperuricemia).
Asid urik yang berlebihan mengeras dari masa ke masa dan sering terbentuk di bahagian-bahagian yang lebih sejuk dalam badan, seperti pada sendi di buku lali, lutut, pergelangan tangan dan siku. Tetapi ia paling kerap berlaku pada sendi di kaki, terutama di pangkal ibu jari kaki. Ia jarang memberi kesan kepada sendi tulang belakang, pinggul atau bahu.
Gangguan ini adalah paling kerap berlaku di kalangan golongan lelaki pertengahan umur dan agak jarang terjadi pada wanita. Jika ia berlaku kepada wanita, ia kemungkinan besar akan terjadi semasa dan selepas wanita menopos (menopause).
Biasanya gout diwarisi dari ibu bapa, bagaimana pun gout boleh terjadi disebabkan oleh pemakanan seseorang itu. Secara umumnya sesebuah keluarga mempunyai cita rasa pemakanan yang sama untuk beberapa jenis makanan. Makanan yang dihidang di meja makan selalunya menjadi punca gout terjadi, tetapi tidak diketahui oleh keluarga tersebut, dan mereka cenderung mengatakan gout terjadi dikalangan anak-anak mereka disebabkan oleh keturunan. Sebenarnya makanan yang diambil boleh menyebabkan gout juga.
Jika tidak dirawat segera, serangan gout akan berkekalan, lebih kerap berlaku dan boleh menjejaskan sendi yang lain. Gout yang teruk boleh membawa kepada kerosakan sendi dan kecacatan. Dalam kebanyakan kes, gout tidak dapat dirawat. Tetapi mencuba ubat semula jadi dan mengubah gaya hidup anda kemungkinan boleh menghentikan serangan gout.
CIRI-CIRI GOUT
Serangan gout biasanya berlaku tanpa amaran. Kesakitan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam satu atau lebih sendi, seringkali berlaku di waktu malam. Sendi menjadi radang, bengkak, terasa panas, dan amat sensitif kepada sentuhan.
Serangan yang teruk boleh menyebabkan demam panas, menggigil, dan degupan jantung yang cepat. Jika tidak dirawat, ini boleh berlaku untuk beberapa hari. Gejala ini kemudian akan beransur-ansur hilang, kembali ke normal, dan tidak akan ada gejala ini sehingga serangan seterusnya.
Selepas serangan yang berulang-ulang dan jika tidak dijaga dengan baik, pergerakan sendi secara perlahan-lahan menjadi semakin terhad. Ketulan kristal keras mula terbentuk di dalam atau berhampiran sendi, di bawah kulit di sekitar sendi, dalam buah pinggang dan organ-organ lain.
Seseorang yang mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi dan juga mempunyai gout, kemungkinan mempunyai fungsi buah pinggang yang lemah seterusnya boleh mengurangkan perkumuhan asid urik. Ini menjadikan keadaan gout lebih buruk dan boleh menyebabkan tisu / kerosakan sendi.
PUNCA GOUT
Gout terjadi sama ada kerana hati menghasilkan tahap yang lebih tinggi asid urik, atau kerana pengambilan yang tinggi makanan yang kaya (semua jenis protein daging), lebihan protein dihapuskan melalui pembuangan air kecil.
Badan kita mengubah bahan-bahan dalam makanan yang dipanggil purin kepada asid urik, meningkatkan tahap asid urik. Terlalu banyak asid urik dalam darah menyebabkan kristal urate (urate crystal) untuk terbentuk dan tersimpan di sendi.
Pengambilan alkohol yang kerap boleh menjadi punca gout. Bukan sahaja alkohol meningkatkan penghasilan asid urik, malah ia juga boleh menggangu pembuangan asid urik berlebihan melalui buah pinggang. Gabungan alkohol dengan makanan berprotein yang tinggi adalah salah satu punca yang paling biasa untuk pembentukan gout.
DIET/ CADANGAN GAYA HIDUP
Penghidap gout harusnya mengelak mengambil makanan yang boleh membentuk asid, seperti makanan yang diproses / makanan ditapis, tepung dan produk gula (seperti kek, pastri, biskut), produk tenusu, makanan berminyak atau goreng, minuman ringan, alkohol dan tembakau.
Makanan lain yang tinggi purin seperti ikan bilis, asparagus, daging merah, kuah daging, cendawan, kerang, semua organ daging, sardin.
Satu lagi kumpulan makanan yang perlu dielakkan adalah produk kacang soya termasuk susu, tauhu, taugeh, kacang pes, dan lain-lain. Kesemua ini mempunyai jumlah kandungan purin yang agak tinggi, oleh itu makan mereka secara sederhana sahaja, jangan makan terlalu banyak atau berlebihan. Pemakanan soya atau produk kacang secara berlebihan boleh menyebabkan kaki anda bersemutan.
Selain perubahan diet, anda juga perlu mempertimbangkan untuk bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 3 kali x 30 minit seminggu) dan minum air yang banyak (8 hingga 10 gelas sehari). Kebiasaannya penghidap gout yang paling ramai adalah dari golongan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Apabila mereka mengurangkan berat badan, tahap urat juga akan berkurangan dan seterusnya boleh mengurangkan serangan gout ini.
Memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, serta meminum banyak air, dan mengelak alkohol adalah seperti anda juga mengelak daripada serangan gout.
Berikut merupakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu anda elakkan jika anda mempunyai gout: strawberi, durian, Tomato, produk tomato, asparagus, kubis bunga, bayam, rhubarb dan kekacang.
MAKANAN SIHAT YANG DISYORKAN UANTUK MENCEGAH GOUT
Anda perlu memakan banyak sayur-sayuran dan juga meminum jus sayur-sayuran hijau. Jus hijau begitu berkesan dalam pembersihan toksin dalam badan, ia mengimbangkan paras pH darah, penyembuhan usus dan mengurangkan keradangan.
Kubis dan saderi (celery) dapat mengurangkan sakit artritis dan gout. Mereka yang kerap meminum jus sayur-sayuran berdaun hijau seperti kale kurang mendapat serangan gout, dan gout berulang jarang berlaku.
Bit (Beets) dan labu ialah pembersih hati dan buah pinggang yang menakjubkan. Mereka menyahtoksik hati dan buah pinggang, meningkatkan fungsi mereka dan melindungi mereka dari pengambilan alkohol yang berlebihan dan toksin lain.
Nanas, betik dan timun adalah makanan anti-radang yang sangat baik yang perlu dimasukkan dalam diet anda jika anda menghidap gout.
Beberapa Gabungan yang Dicadangkan (ukuran untuk satu bahagian):
- 2 lobak merah + 1 timun + 8 rusuk saderi
- 2 epal hijau + 1 timun + 1 fennel + 6 kale + ¼ lemon keping + halia bersaiz sebesar ibu jari.
- 2 epal hijau (atau chayote) + 6 saderi + ¼ kubis + halia bersaiz sebesar ibu jari
- 2 lobak merah + ½ Saderi + 1 fennel + 1 timun + ¼ lemon keping
- 1 epal hijau + 1 timun + 1 peria kecil + ¼ lemon keping
- 1 timun + 1 sederhana ubi bit (beetroot) + ¼ lemon keping + halia bersaiz sebesar ibu jari
- 6 saderi + ½ nanas kecil + ¼ lemon + halia bersaiz sebesar ibu jari
- Meminum air kelapa muda setiap hari (yang segar, dan bukannya air kelapa yang dibungkus/diproses)
- 1 shot jus wheatgrass, dengan memerah limau
- Makan kira-kira 40-50 ceri setiap hari
No comments:
Post a Comment
Komen Disini