29 July 2017

Melayu Semenanjung Patut Contohi Sikap Orang Sabah

Di Sabah setiap kali hari Christmas, orang yang merayakan Christmas akan menjemput jiran tetangga atau pun kawan-kawannya yang beragama Islam datang ke rumah. Cina, dusun, dan Melayu semua dijemput walaupun berlainan agama. Orang yang merayakan Christmas itu akan mengatakan begini"jangan lupa datang, saya ada buat rumah terbuka nanti, jangan risau pasal makanan, halal juga, saya suruh orang Islam yang masak"

Hari Raya pula orang yang beragama Islam akan menjemput jiran tetangga dan kawan-kawan datang beraya ke rumahnya tanpa mengira bangsa dan agama, semua dijemputnya. Begitu juga pada Tahun Baru Cina, semua dijemput.

Dalam kelas kebanyakan pelajar adalah kristian, yang beragama Islam sekit saja jumlahnya. Tetapi apabila tiba bulan puasa, kawan-kawan yang kristian selalu cakap macam ni "jangan kamu makan-makan di depan dorang, dorang puasa tu" Pelajar kristian akan keluar dari kelas untuk makan.

Masa petang sedang tunggu bas mahu balik rumah dan ada azan maghrib berkumandang, yang pelajar kristian akan cakap begini "shhhh, diam kamu, ada azan"

Masa majlis perkahwinan pula, orang kristian selalu menyuruh orang Islam yang memasak. Mereka tidak akan menyediakan masakan yang tidak halal. Yang Islam dan bukan Islam pun sama-sama gembira dalam majlis itu. Kalau orang Islam yang berkahwin pula, mereka tetap akan menjemput Majikan yang berbangsa Cina datang.

Di Sabah kami boleh duduk semeja dengan orang-orang yang bukan beragama Islam. Tidak ada pun masalah yang timbul, kami sama-sama berborak dan ketawa.


KESIMPULANNYA
Kami orang Sabah tidak pernah ada masalah hidup bersama dalam satu kawasan walaupun berlainan agama dan bangsa. 
Kepada adik-adik di luar sana yang baru membesar teruskan sikap yang baik dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama, macam yang Mak Bapa korang buat masa dulu. Jangan terpengaruh dengan sikap segelintir manusia di seberang sana yang suka menimbulkan jurang perbezaan (racist) di antara masyarakat. Di Sabah kita semua berkawan. Islam, Kristian dan Buddha kita kawan, Dusun, Kadazan, Cina dan Melayu kita semua berkawan.  

No comments:

Post a Comment

Komen Disini